Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat] | منداڤت

Definisi : 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapat

Puisi
 

Ada yang datang waktu petang,
     Ada yang datang pakai kereta;
Tuahlah badan mendapat gelang,
     Mendapat cincin berbatu pula.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mendapat kopi keras (= pahit).

Bermaksud :

Kena marah.

 

Lihat selanjutnya...(245)

173

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf kerana menggangu anda. Saya ingin bertanya tentang satu soalan. Apakah perbezaan antara perkataan "mendapat" dan "mendapatkan"? Selepas penambahan akhiran -kan kepada perkataan mendapat, apakah pula perbezaannya? Bagaimanakah penggunaan kata mendapat dan mendapatkan? Tolong berikan ayat contoh untuk saya menjelaskan perbezaan perkataan mendapat dan mendapatkan ini. Sekian, beribu-ribu terima kasih saya ucapkan kepada tokoh bahasa Melayu yang saya sanjung. Tambahan pula, antara perkataan menyanjung (sanjung) dengan menyanjungi (sanjungi), apakah perbezaan maksudnya?

Kata mendapat sebagai bentuk terbitan daripada kata dapat mempunyai erti yang berbeza dengan kata “dapat”.  Kata mendapat bererti “menerima atau beroleh”. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

1.   Saya sudah mendapat maklumat yang saya perlukan.

2.   Para pekerja mendapat upah daripada titik peluh mereka.

Kata mendapatkan mempunyai makna-makna yang lain. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

1.   Anak kecil itu segera mendapatkan ibunya apabila dipanggil.  (mendapatkan bererti “pergi kepada”)

2.   Kamsiah mendapatkan adiknya pakaian yang digemarinya.  (mendapatkan bererti “mendapat atau beroleh sesuatu untuk orang lain”)

3.   Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, kita perlu berusaha. (mendapatkan bererti “berusaha memperoleh sesuatu”).

Sila rujuk buku Kamus Dewan untuk memahami makna setiap perkataan.

 

Makna27.04.2014
Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan? Mohon berikan pencerahan. Terima kasih.Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contoh ayat: "Dia mendapat hadiah." Ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan.Tatabahasa21.02.2025
Kita dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bolehkah "...dapat mendapat..." guna dalam ayat yang sama?Ayat yang betul ialah “Kita mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan” dan lebih baku daripada “Kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan”. Tidak ada penggunaan ...dapat mendapat... secara serentak.Tatabahasa20.03.2014
Mendapat kelulusa bahasa di papan iklan untuk tujuan perlesenan dengan majlis daerah hulu selangor Rujukan Dilampiran ada 2 papan iklan, saya telah menbuat papan iklan paling bawah.Permohonan iklan hendaklah dikemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain29.06.2015
mendapat atau mendapatkanmendapat - memperoleh mendapatkan - pergi bertemu atau berjumpa denganTatabahasa24.02.2009
Sri Shan Balaraman 8.49 PAGI Smlt pg... mohon pencerahan ttg peribahasa... bagai kera mendapat bunga/seperti kera mendapat bunga... yg mana satu betul penggunaannya? TqUntuk makluman tuan, dalam data rujukan kami peribahasa yang betul ialah bagai kera mendapat bunga.Tatabahasa23.05.2017
Apa perbezaan antara Raja dan Sultan. Jika seorang lelaki mendapat gelaran Datuk, isterinya mendapat akan digelar Datin. Jika seorang wanita dpt gelaran Datuk cth. Datuk Nicole David, apa pula gelaran suaminya.?Dalam hal ini, suami kepada yang bergelar Datuk tidak menerima apa-apa gelaran, tidak sama seperti isteri kepada yang bergelar Datuk.Lain-lain03.04.2014
Damia mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. atau Damia mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Ayat yang betul ialah Damia mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Lain-lain10.08.2010
perbezaan penggunaan perkataan mendapat & mendapatkan contoh ayatSalam sejahtera,
mendapat ialah kata kerja transitif aktif dan diikuti dengan objek. Contoh, adik mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan. Mendapatkan ialah kata kerja transitif aktif dan boleh diikuti dengan satu atau dua objek. Sebagai contoh, Ani mendapatkan adiknya sebuah buku cerita.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.09.2020
Salam sejahtera, 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan. 2. Mereka banyak mendapat pengetahuan. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan.Tatabahasa24.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas