Apakah maksud remaja cemerlang? | Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mendapat kejayaan atau menerima keputusan peperiksaan yang sangat baik. | Makna | 18.03.2012 |
Salam 1Malaysia, Apakah istilah yang sesuai untuk post mortem ujian dan peperiksaan dalam bahasa Melayu? Istilah bedah siasat tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Terima kasih. | Post mortem selalu digunakan bagi tujuan untuk melihat sama ada sesuatu projek itu telah mendapat kejayaan atau sebaliknya. Dalam konteks ujian dan peperiksaan bahasa Melayu, kami cadangkan pascanilai, contohnya pascanilai projek A. | Makna | 09.11.2009 |
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Peribahasa 'jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagunya' dan 'usaha tangga kejayaan', adakah perbezaan antara kedua-dua peribahasa tersebut? Jika ada, boleh tuan terang dengan lebih lanjut? Terima kasih. | Usaha tangga kejayaan ialah slogan atau kata-kata hikmah yang membawa makna paling hampir dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. | Makna | 06.09.2017 |
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami) | Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan... | Assalamualaikum Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah. Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang | Lain-lain | 11.05.2010 |
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Jawapan A. I sahaja yang tepat. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau tidak? Jika tidak, sila beri jawapan yang betul. 1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. 2. Sokongan kepada kepimpinan ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan. 3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan terhadap pelajar yang menggunakan telefon bimbit di sekolah. 4. Adalah diperhatikan iaitu di akhir-akhir ini, peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat. 5. Pemain-pemain bola sepak negara memberi kehormatan kepada penonton di stadium itu. 6. Walaupun soalan-soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, Anita dapat menjawabnya. 7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu. 8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapat lesen berniaga di tapak pasar malam itu. 9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali. 10. Aida memperlihatkan lukisan yang dilukisnya kepada ayah. | Pembetulan telah dibuat bagi ayat-ayat yang berikut: 1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan ...... teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. - ayat tidak lengkap, mengumumkan apa? seperti pindaan atau kajian 2. Sokongan kepada ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan. 3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan menggunakan telefon bimbit di sekolah terhadap pelajar . 4. Akhir-akhir ini, diperhatikan bahawa peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat. 5. Pemain bola sepak negara memberi penghormatan kepada penonton di stadium itu. 6. Walaupun soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, tetapi Anita dapat menjawabnya. 7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu. 8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapatkan lesen berniaga di tapak pasar malam itu. 9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali. 10. Aida memperlihatkan lukisannya kepada ayah. Pada masa akan datang, untuk menghasilkan ayat yang gramatis dengan penggunaan kata yang tepat dari segi makna dan pembentukan katanya serta mengenal pasti kesalahan dalam setiap ayat, sila rujuk Kamus Dewan, buku Daftar Kata Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 01.08.2011 |
Tuan,mohon jawapan tuan adakah penggunaan di bawah konteks ini betul.ini konteks yang sediakan kepada cikgu saya.saya mahu penggunaan bahasa ini betul kerana itulah jasa saya kepada cikgu.tolong. Bahasa melayu kaya dengan ayat dan imbuhan.pada masa yang sama,penutur bahasa melayu menggunakan keindahan bahasa secara betul ia kerana itulah pengorbanan mereke pada bahasa Melayu.Syahadan saya juga menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu suguz yang berjaya berkecimpung bidang perguruan selama-lamanya sehingga 20 tahun habis dengan pengalaman manis adapun sebarang peristiwa pahit kata orang tua-tua tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Saya juga berharap bahawa,anda sudah memanfaatkan cetusan ilmu sebaik-baiknya dibekalkan kepada sebanyak 100 000 pelajar yang hendak belajar kepada cikgu.jutaan terima kasih yang kehormat cikgu suguz. | Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu Suguz atas jasa dan bakti dalam mencurahkan ilmu kepada saya. Cikgu Suguz yang telah berkecimpung dalam bidang perguruan selama 20 tahun telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti kata orang tua-tua, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu. Saya juga berharap, pelajar-pelajar lain juga mendapat manfaat sebaik-baiknya. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Cikgu Suguz. | Tatabahasa | 20.06.2018 |