| 1) Apakah maksud perkataan “mendapatkan”, "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan"? 2) Apakah perbezaan penggunaan perkataan "mendapatkan" dan "memperdapatkan"? Adakah perkataan "memperdapatkan" boleh diikuti dengan imbuhan -kan? 3) Adakah penggunaan perkataan "mendapatkan" "memperdapatkan", "pemerdapatan" dan "diperdapatkan" dalam ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Mendapatkan: "Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Memperdapatkan: "Kuasa untuk memperdapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Pemerdapatan: "Peruntukan yang mengawal selia pemerdapatan pinjaman luar negeri." / "Provisions regulating the raising of external loans" Diperdapatkan: "bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman yang diperdapatkan di luar Malaysia." / "for the repayment or amortization of loans raised outside Malaysia." Terima kasih atas bantuan Tuan/Puan. | 1. Untuk mencari maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan PRPM dan ambil data Kamus Dewan/Kamus Pelajar. Contoh: mendapatkan bermaksud berusaha untuk memperoleh sesuatu. Tiada kata terbitan bagi pemerdapatan, memperdapatkan dan diperdapatkan. 2. Untuk melihat kata terbitan yang ada tuan boleh merujuk PRPM dan menulis perkataan berkenaan pada ruangan CARIAN. Apabila melihat makna satu demi satu kata terbitan yang ada, tuan akan dapat lihat perbezaan perkataan berkenaan. 3. Ayat yang betul ialah Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri.
| Makna | 01.07.2021 |
| Syarikat kami ingin mendapatkan lesen iklan, oleh itu kami perlu mendapatkan kelulusan dari pihak DBP. Kami ingin tahu prosedur untuk mendapatkan kelulusan tersebut untuk mendapat kebenaran memasang iklan di premis kami. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun Pengguna terlebih dahulu dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. (Rujuk Panduan Pelanggan) Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. | Lain-lain | 13.10.2025 |
| Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di pautan ... atau Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut pada pautan ... di pautan atau pada pautan yang sebetulnya? Mohon berikan penjelasan berkaitan perkara ini juga | Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pautan xxx Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1223, kata sendi nama “melalui” menunjukkan perantara, cara, alat, saluran, aktiviti, proses dan lain-lain untuk melakukan, memperoleh atau mencapai sesuatu. Oleh yang demikian, kata sendi nama “melalui” sesuai digunakan dalam ayat tersebut: “Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pautan xxx”. | Tatabahasa | 17.09.2025 |
| mendapatkan vaksin Covid-19 atau mendapat vaksin Covid-19? | Kedua-dua perkataan "mendapatkan" dan "mendapat" boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contoh: Rizal telah mendapat vaksin COVID-19 dua hari yang lepas. Rizal ke klinik itu untuk mendapatkan vaksin COVID-19. | Tatabahasa | 05.08.2022 |
| perbezaan penggunaan perkataan mendapat & mendapatkan contoh ayat | Salam sejahtera, mendapat ialah kata kerja transitif aktif dan diikuti dengan objek. Contoh, adik mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan. Mendapatkan ialah kata kerja transitif aktif dan boleh diikuti dengan satu atau dua objek. Sebagai contoh, Ani mendapatkan adiknya sebuah buku cerita. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.09.2020 |
| Saya ingin mendapatkan senarai kata-kata Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Inggeris. Contohnya, Social Media dijadikan Media Sosial. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut? Sekian terima kasih. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Saudara juga boleh mendapatkan hebahan terkini dalam laman sosial kami, iaitu melalui Facebook dan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 11.01.2019 |
| INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN DAN PENCERAHAN BERKAITAN DEFINISI STRUKTUR TIDAK KEKAL STRUKTUR YANG MUDAH UNTUK DIPASANG DAN DI BUKA SEMULA SERTA BOLEH DIUBAH-UBAH LOKASINYA. | Kekal bermaksud dalam keadaan tidak berubah atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu, tidak bersifat sementara dan berterusan. Berdasarkan makna tersebut, struktur tidak kekal boleh diterjemahkan kepada struktur yang berubah atau tidak tetap pada kedudukan, bersifat sementara dan tidak berterusan. | Makna | 29.10.2021 |
| MAHU MENDAPATKAN SECARA JELAS ISTILAH 'METROPOLITAN' | Metropolitan bermaksud: 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis; 2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. | Istilah | 12.07.2021 |
| untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air" | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2020 |
| Permohonan mendapatkan pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bagi memastikan bahasa Melayu yang digunakan adalah tepat dan betul. Untuk pegiklanan jualan dan pemasarasn dikawasan Pihak Berkuasa Tempatan. | Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 20.01.2020 |