Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatang

Puisi
 

Dari mana hendak ke mana,
     Dari rumput mendatang padi;
Dari mana tidaklah ke mana,
     Dendam tak luput di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh.

1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang.

2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai.

Tatabahasa18.10.2011
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih.

Karyawan Tamu boleh dilantik  daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa,  di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang.

Individu  yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian.

Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:

Ketua

Bahagian Pembangunan  Penerbitan,

Tingkat 13, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan.

Lain-lain04.09.2010
Jika kerajaan srivijaya menobatkan bahasa melayu, saya ingin tahu dalam dielek apakah lingua fraca pada abad itu? Kerana kita tahun semua bangsa dan etnik kelompo melayu juga menganggap dielek merekalah yang benar2 linguaa franca pada zaman srivijayaBahasa Melayu menjadi lingua franca  (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang, seperti pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara dari India dan China. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penelitian dan penyelidikan kerana pertanyaan saudara memerlukan kajian mendalam. Saudara juga boleh mengunjungi mana-mana Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.  Lain-lain17.06.2009

Kembali ke atas