Adakah frasa "Mendepani Pertanian" bermaksud menjuarai pertanian? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendepani bermaksud 1. berada di depan sesuatu 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului. Perkataan "menjuarai" pula bermaksud menjadi juara, menjadi johan 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong dan sebagainya) dengan sesungguhnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini berbeza maksudnya. | Istilah | 31.10.2015 |
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasi | Sdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan tidak selalu suka berkhayal sahaja. | Makna | 24.02.2009 |
saya ada 1 pertanyaan. adakah frasa "Justeru itu" bermaksud "Oleh itu"? | Menurut data kami, "justeru" membawa dua makna. 1. justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Rangkai kata "oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab. Contoh: Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan. | Tatabahasa | 31.03.2019 |
Bila boleh menggunakan "justeru" dan "oleh itu"? Bagi contoh ayat. | 1. "Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". 2. "Oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab. Contoh: Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan.
| Tatabahasa | 04.09.2015 |
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya 2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan 3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh 4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan 5. Cybersecurity - Keselamatan Siber 6. Systems Integration - Sistem Bersepadu 7. Internet of Things - Internet Benda 8. Simulation - Simulasi 9. Advanced Materials - Bahan Termaju 10. Autonomous Robots - Robot autonomi 11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam 12. enabling technologies - Teknologi pemboleh Terima kasih
| Makna | 03.10.2018 |
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT | Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini: 1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004. | Lain-lain | 31.08.2009 |