Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.diang] | مندياڠ

Definisi : yg telah meninggal (digunakan utk orang bukan Islam): ~ Tun Tan Cheng Loke ialah pengasas MCA. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.diang] | مندياڠ

Definisi : memanaskan atau memasak se­suatu dgn meletakkannya dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.diang] | مندياڠ

Definisi : yg telah meninggal (utk orang bukan Islam): ~ Presiden Kennedy. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[men.diang] | مندياڠ

Definisi : memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: Emaknya sedang ~ ikan yg ditangkap tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendiang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Dollah ( memanggang / membakar / mendiang / menyalai ) beberapa ratus cucuk sate di pasar malam untuk mencari rezeki. Jawapan yang mana betul?

Salam sejahtera,

Membakar
bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.

Tatabahasa16.11.2012
Panggil/sebutan utk orang bukan Islam yg. meninggal duniaMendiangLain-lain13.08.2008

Kembali ke atas