Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.ngin.kan] | منديڠينکن

Definisi : 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.ngin.kan] | منديڠينکن

Definisi : 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendinginkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Saya ingin tanya apakah istilah yang paling tepat untuk pendingin hawa/ penghawa dingin/ penyaman udara?Frasa 'penghawa dingin' adalah salah kerana kata dingin ialah kata adjektif yang sepatutnya dikaitkan dengan kata nama, contohnya air yang dingin dan hawa yang dingin. Fungsi alat ini adalah untuk menyamankan atau mendinginkan udara. Oleh yang demikian, istilah yang tepat ialah penyaman udara dan pendingin udara
Istilah06.06.2023

Kembali ke atas