Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.do.nga/] | مندوڠق

Definisi : , terdongak 1. ter­angkat sedikit ke atas (bkn kepala, muka, dll), tercongak: kapal yg kena bom itu ~ kian tegak dan akhirnya meluncur teng­gelam; kepalanya ~ dan pandangannya terlekat ke siling; 2. memandang (menoleh, menengok) ke atas: ia pun ~ ke langit dan memejamkan matanya; ~ rupa kerbau jantan kemudian prb orang yg mem­per­lihatkan keangkuhannya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.do.nga/] | مندوڠق

Definisi : 1 memandang (melihat) ke atas; mencongak: Dia ~ melihat buah mangga yg sudah masak itu. 2 = terdongak terangkat sedikit ke atas (muka atau hujung sesuatu benda): Kapal terbang itu ~ sedikit sewaktu hendak naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendongak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maskud 1 seperti tidak dapat ditanduk, telinga dipulas 2 mendongak ke langit jangan lupa rumput di bumi 3 diluah mati emak, ditelan mati anak Terima kasihUntuk mendapatkan maksud berkaitan peribahasa tersebut, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain dan buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman.Lain-lain06.10.2010

Kembali ke atas