Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendukung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza mendukung dengan mendokongMendukung bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya atau disebut juga menggendong. Tidak ada kata terbitan mendokong dan dokong ialah sejenis buah-buahan.Makna06.07.2011
Ayat mana yang betul 1. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. ATAU 2. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat.Kedua-dua ayat yang diberikan sama.Lain-lain26.05.2010
Tuan, Saya telah menyemak maksud perkataan 'usah' dalam Kamus Dewan. Usah mendukung dua maksud [1] perlu dan [2] Jangan. Dalam ayat contoh yang dikemukakan Tak usah kita mengungkit-ungkitkan hal yang lalu. Soalnya, bolehkah saya menggunakan perkataan usah tanpa perkataan 'tak ' di depannya. Kita usah menjaga kebersihan badan sepanjang masa. [Kalaulah usah mendukung maksud perlu - adakah ayat ini gramatis?] Saya agak keliru kalau usah bermaksud perlu, mengapakah maksud yang kedua pula jangan - seolah-olah berkontradiksi. Cuba tuan berikan tunjuk ajar. Sekian terima kasih. Daripada, Pencinta Bahasa

Encik Chan,

Dalam ayat pertama perkataan 'tak' perlu digunakan kerana tanpa perkataan tersebut membawa maksud yang lain, bukan bermaksud perlu atau jangan. Dalam ayat kedua perkataan 'usah' boleh digantikan dengan perkataan tetapi bukan perkataan 'jangan'.  

Tatabahasa04.06.2010
1.Dalam membangunkan negara atau dalam pembangunan negara?Manakah yang betul? 2.Kesalahan ejaan pada muka surat 131 Tatabahasa Dewan iaitu mendokong atau mendukung? 3.Kata majmuk yang mantap ada 15,mengapakah pada Tatabahasa Dewan(Edisi 2006)muka surat 132 ada hanya 14? 5.Meja itu terangkat oleh saya?Ayat itu betul atau salah? 6.Kekeliruan timbul antara ayat kerja transitif dengan ayat pasif songsang diri pertama iaitu pengamal bahasa berada dalam persimpangan sama ada menerima atau menolak kerana rata-rata mendukung ilmu kebahasaaan .Contoh: 1.Saya baca novel Badai Semalam(Ayat ini betul kerana merupakan ayat pasif sonsang diri pertama) Namun ayat ini dianggap tidak gramatis dalam konteks ayat kerja transitif ,sepatutnya menjadi 2.Saya membaca novel Badai Semalam(Ayat kerja tramsitif).Apa komentar tuan Munsyi?

1. Kedua-duanya betul.  2. Telah dibuat pembetulan kesalahanejaan tersebut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal 134 (mendukung)  3. Dalam buku Tatabahasa DewanEdisi Ketiga, terdapat 14 kata yang telah mantap, walau bagaimanapun terdapat bentuk mantap yang lain (dibincangkan dalam bab tentang kata kerja).  5. Ayat itu betul.  6. Kedua-dua bentuk ayat tersebut betul, ayat pertama mengikut pola ayat pasif songsang diri pertama dan ayat kedua mengikut pola ayat aktif transitif.

Tatabahasa01.08.2008
Apakah peribahasa yang mendukung erti yang serupa dengan pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain"? Terima kasih

Puan,

Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan ini puan perlu merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau buku lain yang berkaitan yang ada di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat puan.  

Lain-lain11.08.2010
maksud berkataan mampu mendukung cita-cita adakah maksudnya dapat memikul harapan atau boleh menjayakan hasratMampu medukung cita-cita bermaksud dapat atau berupaya memikul harapan untuk mencapai sesuatu hasrat. Makna14.05.2008
menggendong.Menggendong bermaksud mendukung (di belakang, di pinggang,dll) dengan kain yang disangkutkan ke leher.Makna06.08.2008
Adakah penggunaan perkataan penduduk mendukung makna jamak? Contohnya - Penduduk Malaysia terdiri daripada pelabagai kaum atau Pendudu-penduduk malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Terima kasihPerkataan penduduk sudah membawa makna jamak.Tatabahasa10.05.2008
Adakah pembelajaran dan pemalajaran mendukung makna yang sama?Sdr. pembelajaran membawa makna proses (kegiatan) belajar manakala pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran InggerisTatabahasa31.10.2007
Benarkah perkataan 'tentang dan terhadap' mendukung makna yang sama? Jika berbeza, apakah contoh ayat yang sesuai untuk menjelaskan hal ini ?

Terhadap  - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Tatabahasa24.07.2011
1234567

Kembali ke atas