....banyak menebang pokok atau menebang banyak pokok. bukankah kata kerja transitif mesti diikuti objek. | Frasa yang gramatis ialah "menebang banyak pokok". Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi, iaitu sebagai kata bilangan tak tentu dan sebagai kata adjektif. Apabila "banyak" berfungsi sebagai kata bilangan tak tentu, kata itu boleh hadir selepas kata "menebang" dan frasa "banyak pokok" merupakan frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif. | Tatabahasa | 05.07.2011 |
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ | contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh. | Tatabahasa | 17.09.2011 |
selamat pagi...nak tanya biasa kita guna menebang pokok...tapi ada murid semasa ujian menulis memotong pokok...ada ini diterimakah? | Merujuk Kamus Dewan menebang bermaksud memotong pokok kayu dan memotong juga membawa maksud mengerat. Oleh itu, menebang pokok dan memotong pokok kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Amalan menebang haruslah diamalkan sejak kecil lagi(betul atau salah?) | betul | Tatabahasa | 15.06.2011 |
Adakah ayat ini betul? tajuk cara menjaga alam sekitar Antara cara menjaga alam sekitar ialah kita tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati.Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan ini dapat/boleh melindungi hutan. betul? | SOALAN: Adakah ayat ini betul? Tajuk cara menjaga alam sekitar. Antara cara menjaga alam sekitar ialah kita tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati. Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan ini dapat/boleh melindungi hutan. Betul? JAWAPAN: Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Antara cara menjaga alam sekitar termasuklah tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati. Hal ini demikian kerana tindakan tersebut tidak dapat melindungi hutan.” atau “Antara cara menjaga alam sekitar termasuklah tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati bagi melindungi hutan.” Untuk makluman tuan, kata “antara” tidak boleh berpasangan dengan kata “ialah” atau “adalah” dalam ayat songsang. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 284-285. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan ini? Mohon memberi penerangan yang lanjut. Pak Ali menebang pokok petai ____ di belakang rumahnya. A usang B lapuk C uzur D tua Teima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, hutan tua merujuk pada hutan yang pokok-pokoknya sudah tua. Bermakna, perkataan tua digunakan juga untuk pokok. Maka, Pak Ali menebang pokok petai tua di belakang rumahnya. | Istilah | 17.08.2014 |
tukar ayat aktif kepada pasif ayat: bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. | Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya sedang ditebang oleh bapa saudara saya. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Apakah maksud perkataan yang berikut: 1. Sasana 2. Pugar | Perkataan "Sasana" tiada dalam data kami. Walaubagaimanapun, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia untuk mendapat maksud tersebut. Manakala, Pugar bermaksud: membersihkan (menebang, membakar dsb) sesuatu kawasan utk menanam tanaman tertentu. Pugar juga membawa maksud memperbaiki atau memperelok semula, membaharui dan memulihkan. | Makna | 27.09.2017 |
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memangkas C. menebang D. membelah. Terima kasih . | Yang paling tepat ialah b. kamu. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memengkas C. menebang D. membelah. Terima kasih . | 1. Jawapan yang betul ialah b. kamu. Seorang guru boleh menggunakan kata ganti nama diri kamu apabila bercakap dengan pelajarnya, tetapi seorang pelajar tidak boleh membahasakan seorang guru dengan panggilan kamu kerana guru merupakan orang yang dihormati dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat. 2. Jawapan yang tepat ialah memangkas. Walau bagaimanapun, saudara telah tersalah mengeja perkataan memangkas pada jawapan B. Ejaan yang betul ialah memangkas, bukan memengkas. | Tatabahasa | 27.04.2010 |