| Beberapa orang pekerja sedang menebus tanah ke dalam lubang yang dikorek itu. Ada kesalahan dlm ayat ini? | Perkataan menebus tidak tepat digunakan dalam ayat.Perkataan yang menggantikan perkataan menebus ialah menimbus. Sila rujuk Kamus Dewan untuk carian makna perkataan. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
| Rais menyimpan keazaman yang padu, iaitu dia pasti akan menebus kegagalannya sebelum ini. Munsyi, adakah satu untuk kata nama konkrit, maka suatu keazaman lebih sesuai digunakan? TK | Perkataan "suatu" tidak perlu ditambah sebelum "keazaman" kerana ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
| Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut? | Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut. | Istilah | 24.04.2011 |
| 1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih | 1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini. 4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 5) Available Balance = Baki Tersedia Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.09.2015 |
| Makna perkataan Menguis dan menggali | Makna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan. | Tatabahasa | 04.04.2014 |
| Salam, saya ingin bertanya boleh ke perkataan "realitikan" digunakan dalam ayat? Adakah penggunaannya betul? Kalau salah, apakah perkataan yang betul? | Salam Sejahtera. “Realiti” bermaksud perkara atau keadaan yang sebenar, nyata atau bukan khayalan. “Realiti” tergolong dalam golongan kata nama. Imbuhan -kan boleh digabungkan dengan semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas. Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Kebiasaannya akhiran -kan akan menerima juga awalan meN- atau di-, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. Contohnya, “Wang itu pasti tidak dapat menebus kekecewaannya merealitikan cita-cita meraih pingat emas.” Walau bagaimanapun, terdapat dua keadaan yang imbuhan -kan boleh wujud tanpa awalan, iaitu dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan ayat suruhan. Contohnya, “Rencana tersebut saya bukukan.” dan “Berikan saya sepasang kasut.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1834 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014) halaman 183 - 185. | Tatabahasa | 06.04.2026 |