Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ga/.kan] | منݢقکن

Definisi : 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuhkan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau mempertahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pendapat, pendirian, kebenaran, dll), memper-tahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ga/.kan] | منݢقکن

Definisi : 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,

Peribahasa

Menegakkan sumpit tak berisi.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud 1. menjana pembangunan 2. menegakkan keadilan1. menjana pembangunan = bermaksud menghasilkan atau mengadakan pembangunan.
2. menegakkan keadilan - mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh (keadilan).
Tatabahasa28.03.2015
Dalam PRPM, kata 'istiqamah' dicantumkan dengan takrif 'Ar ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama); beristiqamah melakukan istiqamah: Jamilah sahajalah yg menjadi juruingat kepadanya selama ini utk terus ~ menegakkan sembahyang di surau.' Saya tertarik dengan kata 'juruingat'. Apabila dicari, tiada dalam PRPM. Mengapa? Apakah takrif juruingat?Untuk makluman tuan, Kamus dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Juruingat membawa maksud tukang ingat dalam bentuk sistem kata nama.Tatabahasa22.02.2019
Maksud istilah "Shahid" dalam ilmu tatabahasa Arab?Maklumat yang kami berikan berdasarkan sumber rujukan kami, kamus terbitan DBP dan merupakan ambilan daripada sumber asalnya iaitu bahasa Arab. Syahid bermaksud: 1. saksi iaitu orang yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam; dan orang yang mati kerana agama Islam.Makna02.12.2013
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'SevenTerdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh.Tatabahasa28.03.2013
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang.Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan.   Lain-lain29.05.2008
Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa? Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari Thailand tidak mengambil berat dalam kes yang berkaitan dengan negara lain bagai enau dalam belukar pucuk masing-masing.Condong yang akan menongkat,rebah yang akan menegakkan.Kerajaan haruslah mengatur pemimpin yang sesuai untuk memimpin negara dengan sebaik-baiknya.Dengan ini,negara dapat berjaya memajukan ekonomi dan politik negara.Saya berpendapatan bahawa kelakuan rakyat jelata akan diubah daripada negatif hingga positif.Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,kita mestilah melakukan sesuatu perkara atau tindakan sehingga berjaya.Janganlah melakukan sesuatu tindakan yang separuh di samping berputus asa seperti berputus harapan dan matlamat negara yang diingini.Natijahnya,matlamat negara akan dicapai sekiranya mereka gigih mencapai aspirasi dari segi ekonomi dan politik negara seperti berjalan ke batas,belayar sampai ke pulau.Rakyat jelata juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan atau pemimpin.Persoalannya,faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah negara tidak memainkan peranan yang penting untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari aspek tatabahasa
2. Tanda baca yang digunakan tidak betul
3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat
4. Pemilihan perkataan yang tidak betul
5. Perkataan yang tidak mempunyai jarak

Sila murnikan ayat-ayat tersebut dalam konteks yang lebih jelas dan mudah difahami agar pihak DBP dapat memberikan jawapan yang bersesuaian berdasarkan soalan yang dikemukakan.
Lain-lain08.07.2021
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih.

Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi.  Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud.

Makna14.05.2020
Adakah martir dan syahid (martyr) benda yang sama?Jawapan 48932:  Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan  martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam.

Jawapan 48931: Carian kami mendapati frasa Independent Police Conduct Authority (IPCA) merupakan satu nama organisasi polis di New Zealand. Di Malaysia, organisasi yang mempunyai fungsi yang hampir sama ialah Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC), iaitu dalam bahasa Melayunya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis.  Sehubungan itu, cadangan kami untuk frasa   Independent Police Conduct Authority (IPCA) ialah Badan Berkuasa Bebas Tatatertib Polis.  Sekiranya cadangan ini tidak menepati konsep penggunaan yang tuan maksudkan, sila berikan konteks penggunaan agar kami dapat mencadangkan terjemahan yang bersesuaian.
Istilah21.04.2019
Salam Pejuang Bahasa Melayu! Bolehkah anda bantu saya menterjemah frasa ini, "Independent Police Conduct Authority". Saya tidak pasti frasa yang tepat.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan  martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam.Makna21.04.2019
Bolehkah pihak Tuan cadangkan peribahasa yang sesuai dengan maksud merujuk kepada suatu situasi di mana keindahan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu datang selepas menempuh cabaran atau dugaan membesarkan anak yang mengalami masalah kesihatan. Peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kurang sesuai sebab ia bukan situasi susah ke senang. Sebaliknya lebih kepad kepayahan membesarkan anak yang sakit dan satu masa anak itu menunjukkan satu sinar yang membanggakan. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Tuan.
Cadangan peribahasa yang sesuai ialah "Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin" yang bermaksud Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula.

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". 


Lain-lain31.05.2021

Kembali ke atas