ingin mendapat maklumat yg terperinci berkaitan dengan topik kesantunan berbahasa yang menekankan tajuk bahasa tubuh yang merangkumi: 1)gerakan anggota badan 2)-kemahiran mempamerkan bahasa tubuh secara sopan dan sesuai dgn situasi -mengaplikasikan kemahiran | Kesantunan berbahasa meliputi aspek lisan dan tulisan. Dalam konteks lisan, santun berbahasa menyentuh aspek penggunaan bahasa yang betul, sapaan dan gerak tubuh penutur. Manakala dalam aspek tulisan, aspek santun berbahasa dikesan melalui penggunaan bahasa yang betul, indah dan menepati laras dan sapaannya. Sila rujuk buku-buku yang membincangkan kemahiran berkomunukasi. | Makna | 06.02.2008 |
Salam Mohon tanya yang mana satukah ayat yang betul (sama ada ayat 1 atau ayat 2). Diharap tuan dapat memberi alasan tentangnya. 1) Pasar raya yang baru dibuka itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. 2) Pasar raya yang baru dibuka itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. Drp: Izani b. Hj. Daud Kota Bharu. | Kedua-dua ayat itu betu, ayat pertama menekankan bahawa pasar raya itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia, manakala ayat kedua memaklumkan bahawa pasar raya itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar? | Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7. Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara. Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka. | Lain-lain | 15.05.2010 |