Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.lu.su.ri] | منلوسوري

Definisi : mengikuti jejak perjalanan, lang-kah, tindakan dsb: tidak ramai pula yg sanggup ~ kejayaan rakan mereka yg telah dan sedang menempa kejayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.lu.su.ri] | منلوسوري

Definisi : 1 mengikut sepanjang tepi jalan, sungai, dll: Mereka ~ sungai itu utk ke tempat yg dijanjikan. 2 menjejaki sesuatu peristiwa, cerita dsb: Mereka cuba ~ sejarah ttg peristiwa pahit itu. 3 mengikuti atau selaras dgn perkembangan atau kemajuan sesuatu: Kemajuan pendidikan sedang ~ era teknologi komunikasi yg serba canggih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menelusuri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Negaraku. Mohon pandangan berkaitan tajuk bagi menunjukkan artikel/ buku berkaitan sejarah agensi. Adakah "Menelusuri Sebuah Perjalanan" boleh digunakan. Atau "Menelusuri Perjalanan". TKasih.Untuk makluman, kedua-dua tajuk tersebut tidak salah jika digunakan. Sungguhpun begitu, pihak kami mencadangkan supaya digunakan judul "Menelusuri Perjalanan".Karya27.04.2017
Tuan, Saya memohon pencerahan frasa yang betul sama ada MENELUSURI sungai atau MENYELUSURI sungai? Sekian, terima kasih.Menelusuri sungai.Ejaan27.10.2014

Kembali ke atas