Mohon pencerahan penggunaan penjodoh bilangan berikut: Ayat 1:Syura menempah beberapa JAMBANGAN/JAMBAK bunga untuk majlis hari lahir adiknya. Penjodoh bilangan jambangan atau.jambak yang paling sesuai berdasarkan ayat di atas? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, jambak bermaksud karangan (bunga, kunci, dan lain-lain), rangkai, berkas: sejambak bunga. Manakala jambangan bermaksud tempat meletakkan bunga dan pasu bunga. Berdasarkan huraian di atas, perkataan yang paling betul ialah jambak. | Tatabahasa | 10.01.2017 |
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'.. | Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu; mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Tatabahasa | 17.10.2012 |