Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",)

1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat  "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 

2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175.

Tatabahasa14.07.2009
Aspek makna akhiran -kan & -i Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1. Polis menemui kereta yang ditinggalkan penjenayah. 2. Polis menemukan kereta yang ditinggalkan penjenayah. Atas khidmat nasihat yang diberikan, didahului ucapan sesamudera terima kasih.Dalam Kamus Dewan, menemui sama makna dengan menemukan iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu, ayat 1 dan ayat 2 adalah betul.Tatabahasa02.03.2009
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih.1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan.
Tatabahasa12.02.2012
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH.

Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul.

  

Tatabahasa28.06.2011
1. Pasukan penyelamat telah berjaya ( menemui / menemukan ) Ali yang tersesat di hutan. 2. Ali telah ( ditemui / ditemukan ) pasukan penyelamat.Merujuk Kamus Dewan menemui sama maksud dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu kedua-duanya boleh menjadi jawapan dalam ayat pertama. Merujuk rumus tatabahasa pula apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Oleh itu, kata ditemui dan ditemukan boleh menjadi jawapan bagi soalan yang kedua.Tatabahasa29.03.2011
Tuan/Puan, Berkenaan Penjodoh Bilangan Saya telah menemui penggunaan penjodoh bilangan seperti berikut: 1)berhelai-helai baju bergantungan di dalam biliknya. 2)Sehelai demi sehelai kertas dibakar. 3)Helai-helai suratkhabar berkecamuk. Saya tidak pasti contoh-contoh tersebut dianggap mematuhi tatabahasah. Bolehkah penjodoh bilangan mengalami proses penggandaan seperti contoh-contoh tersebut? Terima kasih.Ayat satu dan dua adalah betul kerana perkataan helai boleh menjadi penjodoh bilangan dan boleh juga membawa maksudnya sendiri. Ayat ketiga kurang tepat penggunaannya.Tatabahasa28.06.2011
Assalamualaikum, Saya pernah mendengar perkataan merekayarsa dalam pertandingan pidato tetapi tidak menemui perkataan tersebut dalam Kamus Dewan. 1. Apakah maksud merekayarsa? 2. Adakah perkataan tersebut dalam satu perkataan iaitu merekayarsa atau dua perkataan iaitu mereka yarsa? Terima kasih

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain22.10.2010
Imbuhan 'MeN..i/kan' amat mengelirukan.Apakah formula terbaik nak bezakan keduanya? Apa beza..1.memberi/kan 2menjauhi/kan 3.menjahit/kan 4.menemui/kan?TQVM

Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. Awalan kata kerja meN-... mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Topik ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam halaman 158-160. Untuk melihat perbezaan makna antara kata terbitan dengan awam meN-... dan kata kerja meN-...kan rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.

 

Tatabahasa20.05.2011
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
Yang manakah penggunaan yang tepat bagi perkataan 'menghadap' @'mengadap' dalam ayat berikut: 1) Perdana Menteri akan menghadap Sultan Pahang. 2) Perdana Menteri akan mengadap Sultan Pahang.Merujuk Kamus Dewan, daripada perkataan hadap menjadi menghadap yang bermaksud datang menemui (raja atau orang besar-besar). Perkatan mengadap juga ditemukan dalam Kamus Pelajar yang bermaksud menghadap (raja atau orang besar-besar). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut betul, namun dalam konteks ayat yang tersebut perkataan mengadap lebih kerap digunakan.Tatabahasa17.05.2013
123

Kembali ke atas