Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mu.kan] | منموکن

Definisi : 1. = mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. mendapati atau menjumpai (sesuatu yg tersembunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mu.kan] | منموکن

Definisi : 1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penye­lidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "menemui" dan "menemukan" mengikut rumus siapa dan apa? Rumus tersebut ialah: - menemui siapa? - menemukan apa? Contoh: menemui kakak dan menemukan kesalahan tatabahasa dalam buku latihan Adakah "menemukan" dapat membawa makna yang sama dengan "menemui", iaitu "menemukan" juga merujuk orang seperti frasa "menemukan ibu di pasar"? Cikgu saya mengatakan bahawa "menemui" hanya untuk orang dan "menemukan" untuk objek tidak bernyawa. Tetapi ada pengguna bahasa yang mengatakan bahawa pihak DBP berkata "menemukan" dan "menemui" sama makna melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Minta penjelasan.Menemukan bermaksud mendapat, iaitu menjumpai sesuatu yang dicari manakala menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat seseorang. Contoh:1. polis kemudiannya telah menemukan kereta yang digunakan.

Untuk ayat "menemukan ibu di pasar", sesuai apabila ayat itu bermaksud ibu sedang dicari dan akhirnya menjumpainya di pasar. 

Jika sekadar untuk berjumpa ibu di pasar, boleh digunakan ayat, "Saya ingin menemui ibu di pasar".

Sila lihat Kamus Dewan Edisi 4 untuk melihat perbezaan antara menemui dengan menemukan.

Untuk makluman tuan/puan, tidak semua kata kerja apitan men...-kan diikuti dengan objek tidak bernyawa dan apitan men...-i diikut objek bernyawa seperti yang dikatakan oleh guru tersebut.  Sila lihat buku Tatabahasa Dewan  Edisi Ketiga halaman 207.  Dalam halaman ini ada menyebut "Bagi kata kerja tertentu sahaja....."

Tatabahasa27.11.2014
polis telah menemukan mayat di bawah pokok itu. adakah ayat ini betul?Polis telah menemukan mayat di bawah pokok itu. - ayat ini betul kerana menemukan juga bermaksud menjumpai, tetapi kata terbitan menemukan lebih banyak digunakan untuk maksud menndapat sesuatu hasil daripada usaha/penyelidikan. Oleh itu, kami cadangkan ayat tersebut ditukar menjadi Polis telah menemui/menjumpai mayat di bawah pokok ituTatabahasa18.10.2010
Adakah penggunaan "menemukan noktohnya" betul ? Perkhemahan ini menemukan noktahnya.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “menemukan” bermaksud menjumpai atau berjumpa dengan sesuatu atau seseorang.

 

Ayat yang diberikan kurang jelas. Sila kemukakan ayat yang lengkap untuk penelitian dan semakan kami
Tatabahasa03.12.2024
Adakah penggunaan frasa "menemukan noktahnya" dlm ayat betul? Ayat: Pada keesokan hari,program ini menemukan noktahnya.

Penggunaan frasa "menemukan noktahnya" dalam ayat tersebut biasa digunakan dalam penulisan karya kreatif. Dalam penulisan bukan kreatif, frasa dan ayat lain yang biasa digunakan ialah "sampai penghujungnya" atau "berakhir" mengikut kesesuaian penggunaannya dalam ayat. Berikut adalah contoh ayat:

 

"Pada keesokan hari, program ini sampai penghujungnya."

 

"Pada keesokan hari, program ini berakhir."
Tatabahasa04.12.2024
Bolhkah tuan terangkan penggunaan 'menemukan' dan 'menemui'? Terima kasihKata kerja menemui bermaksud "bertemu dengan" sementara menemukan pula bermaksud "berjumpa dengan sesuatu yang dicari". Contoh ayat: Anuar akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah, Anuar telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.Tatabahasa12.05.2010
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH.

Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul.

  

Tatabahasa28.06.2011
Saya menerima penjelasan "Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai." tetapi itu bukan soalan saya. Soalan saya: Adakah penggunaan tersebut betul kerana konteks penggunaannya seolah-olah janggal pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian."Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur.Tatabahasa28.06.2018
Saya menemukan frasa "bahan baku terasi" dalam satu jurnal terbitan Indonesia. Apakah seerti yang sesuai jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia? Contoh ayat; Sebagaimana yang kita ketahui limbah dari hewan crustaceaese pertiudang, kepiting dan belangkas di Indonesia hanya dimanfaatkan untuk pakan ternak, hidrolisat protein, silase, bahan baku terasi, petis dan lain–lain, Bahan baku terasi ialah Bahan asas belacanMakna20.03.2020
Terima kasih atas jawapan yang diberikan, "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. Susulan itu, saya ingin bertanya lagi, jika dalam konteks "mendapatkan maklumat" ditemukan atau ditemui yang sesuai? Contoh: anda boleh menemui maklumat lanjut di laman web atau anda boleh menemukan maklumat lanjut di laman web ?1. Penggunaan yang betul ialah ANDA BOLEH MENEMUKAN MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN WEB...

2. Sebagai tambahan, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". 
Tatabahasa29.06.2018
Saya telah menemukan kata 'penemusuaan' apabila melakukan pencarian di Internet. Selepas merujuk PRPM dan Kamus Dewan, saya tidak menjumpa kata tersebut. Apakah makna kata tersebut dan apakah kata dasarnya?Makna atau maksud kata bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Berikan contoh ayat yang menggunaan kata yang ditanya sementelah perkataan yang ditanya ditemui dalam Internet.Makna23.10.2018
12345678910...

Kembali ke atas