saya menenangkan perasaan mangsa supaya bersabar. ayat ini adalah betul? | ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 20.07.2017 |
1.saya menenangkan hati mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. sebuah rumah dijilat api yang marak 3. sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. ayat-ayat ini betul tak ? | 1. Saya menenangkan mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. Sebuah rumah dijilat api yang marak 3 Sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. | Lain-lain | 20.07.2017 |
Apakah maksud " menyejukkan mata " ? Terima kasih. | Menyejukkan mata ialah kiasan yang bermaksud menyenangkan mata dan pada lazimnya setiap perbuatan/perkara yang menyejukkan mata akan menenangkan fikiran, perasaan dan sebagainya. | Makna | 27.06.2009 |
AS SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA Soalan saya adalah berkaitan dengan kata hubung apa yang paling sesuai digunakan untuk ayat-ayat dibawah: 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 2.Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah itu baru dibelinya. Rumah itu baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara. Haris memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Fikirannya buntu. Dia memohon cuti selama dua hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas. Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita. Rakyat berada dalam cengkaman penjajah. | 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. 2. Saya ada masa pada hujung minggu ini untuk menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara dan memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Oleh sebab fikirannya buntu, dia memohon cuti selama dua hari untuk menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas dan pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita ketika berada dalam cengkaman penjajah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251 - 254. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan | Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Tatabahasa | 27.07.2018 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan bantuan khidmat nasihat tuan/puan tentang terjemahan ayat berikut: English : Life in Kuala Lumpur is varied and graceful. Terjemahan: Kehidupan di Kuala Lumpur berbagai-bagai dan menarik. Minta nasihat kepakaran tuan/puan. Terima kasih. | Padanan yang lebih sesuai ialah "Kehidupan di Kuala Lumpur penuh warna-warni dan indah" atau "Kehidupan di Kuala Lumpur penuh warna-warni dan menenangkan jiwa" atau "Kehidupan di Kuala Lumpur penuh warna-warni dan damai" | Penyemakan dan penterjemahan | 31.12.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih. | Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |