Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.dang] | منندڠ

Definisi : 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.dang] | منندڠ

Definisi : 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tendang
Kata Terbitan : menendang, tendangan,

Peribahasa

Di belakang ia menendang kita,
     bila di depan ia mengeting kita,
jika di tengah ia berpusing ligat pula.

Bermaksud :

Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu.Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa10.03.2011
Salam sejahtera. Saya ada pertanyaan seperti ayat yang berikut: 1. Ali menendang bola sepak di padang. Adakah perkataan "sepak " tidak boleh wujud dalam ayat ini, sedangkan bola sepak merupakan kata nama. Ada banyak guru berpendapat bahawa "Ali menendang bola di padang. " adalah ayat yang betul. 2. Ali bermain bola di padang. 3. Ali bermain bola itu di padang. Berpandukan ayat ke -2 dan ke -3,adakah perkataan "itu "mesti ditambah dalam ayat? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

1. Jawapan yang tepat ialah Ali menendang bola di padang. Tidak perlu dimasukkan perkataan sepak. Untuk makluman, bola sepak ialah kata majmuk, bukan kata nama. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya.

2. Ayat yang betul ialah Ali bermain bola di padang. Tidak perlu ditambahkan perkataan itu.

Tatabahasa01.08.2015
soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat?Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa13.03.2012
apakah subjek dan predikat bagi ayat pasif berikut : Bola itu sudah saya tendang. adakah subjeknya bola itu predikat : sudah saya tendang atau subjek : saya predikat : sudah menendang bola itu?

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat aktif: Saya (Subjek) + {sudah menendang bola itu(objek)predikat}.

Ayat pasif: Bola itu(Subjek) + {sudah saya tendang (predikat)}.

Tatabahasa13.08.2014
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bekaitan dengan apa kata kerja transitif?

Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.

Lain-lain28.07.2010
apa beza antara kata kerja transitif,kata kerja tak transitif. boleh berikan contoh

Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas.

Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145.

 

Tatabahasa13.10.2009
bagaimana untuk membezakan sesuatu ayat itu mempunyai kata kerja tak transitif atau pun kata kerja transitifKata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145.Tatabahasa12.11.2008
1. CIRI-CIRI PERBEZAAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF. 2. CIRI-CIRI PERBEZAAN AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG.

1. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang menutamakan subjek asal sebagai penerang, contohnya: Ali menendang bola. Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul, contohnya: Bola ditendang oleh Ali. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483.

2. Ayat dalam susunan biasa, subjeknya mendahuli predikat, seperti: Orang tua itu sangat rajin. Dalam susunan songsang, predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek, seperti: Sangat rajin orang tua itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 477.  

Tatabahasa06.07.2011
Kepada péhak yang berkenaan. Saya ingin menarik perhatian pihak DBP untuk mengkaji huruf e bagi sebutan yang dapat membezakan dua kata yang berlainan makna tetapi sama éjaan. Contoh: 1. Perang (peperangan) - Perang (warna) 2. Sepak (perbuatan menampar) - Sepak (perbuatan menendang). Ramai pelajar sekolah rendah yang keliru dengan éjaan dan sebutan.Pihak kami mengambil maklum saranan pihak tuan/puan. Walaupun begitu, untuk makluman awal merujuk buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah tajuk pola keselarasan vokal: e pepet boleh diikuti a, i, u dalam suku kata kedua/akhir tertutup, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua/akhir tertutup.Tatabahasa24.06.2014
kekeliruan tentang penggunaan kata kerja transitif. Perbezaan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran -memper.....kan, memper......i dan memper...... .Contoh perkataan mempercepatkan , mempercepatKata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.

Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. 

Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`.
Tatabahasa17.07.2013
123

Kembali ke atas