Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ngah] | منڠه

Definisi : 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ngah] | منڠه

Definisi : 1 menuju atau menghala ke tengah; pergi ke tengah. 2 yg di tengah-tengah; tidak besar (tinggi) dan tidak kecil (rendah); sedang: sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara sekolah rendah dgn sekolah tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Merawal menulang bukit,
     cerana menengah kota.

Bermaksud :

Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH" "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH" Mana satu yang betul? Terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH.Tatabahasa25.07.2017
Assalamualaikum. Sekiranya majlis yang tiada perasmian misalnya Pesta Pantun Sekolah Menengah, sesuaikah digunakan ungkapan Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah. Bolehkah penggunaan ungkapan Majlis penangguhan digunakan untuk menutup sesuatu majlis dengan alasan majlis tersebut akan diadakan lagi pada setiap tahun? Mohon pencerahan daripada pihak tuan kerana penggunaan ungkapan majlis penangguhan seringkali digunakan dalam menutup sesuatu majlis. Terima kasih.Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah, kedua-dua frasa ini boleh digunakan.Tatabahasa09.03.2015
Mana yang lebih tepat? a) dari peringkat menengah hingga universiti b) daripada peringkat menengah hingga universitiPuan,

Ayat yang tepat ialah dari peringkat menengah hingga universiti
Tatabahasa15.02.2012
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. 

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009
pelajar menengah sekolah perlu tahu beberapa kata masukan?Kata masukan ialah entri yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Istilah24.08.2009
pelajar menengah sekolah perlu tahu beberapa kata dasar

kata dasar ialah kata yang menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat/buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Istilah24.08.2009
Ayat tunggal: a) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah. b) Kompang dimainkan oleh murid sekolah menengah. Ayat majmuk yang manakah betul? 1) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan menengah. 2) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah.
Menurut data kami, ayat di atas betul.
Tatabahasa10.07.2016
Salam 1Malaysia, saya memohon bantuan membina ayat yang paling sesuai untuk pernyataan dibawah: Berikutnya, min kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah M=25.81 dan M=21.32 masing-masing. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, min kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing- masing M=100.85 dan M=92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. terima kasihBerikutnya, minimum kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 25.81 dan 21.32. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, minimum kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 100.85 dan 92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid.Tatabahasa14.02.2015
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pembelajaran peringkat sekolah menengah atas.Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah menengah sebagai komponen dalam subjek Bahasa Melayu atau Komsas dan sebagai subjek tersendiri,  iaitu Kesusasteraan Elektif bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Untuk keterangan lebih lanjut tentang pembelajaran kesusasteraan Melayu di sekolah, saudara disarankan supaya menghubungi Pusat Perkembangan Kurikulam, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi nombor telefon 03-88842000. Lain-lain13.04.2008
Pengertian Kesusasteraan Melayu dalm konteks pembelajaran sekolah menengah atas?

Subjek Kesusasteraan Melayu ditawarkan di sekolah menengah atas adalah untuk membina negara bangsa yang merangkumi jati diri bangsa, tamadun bangsa, nilai-nilai murni, elemen perpaduan antara ras dan etnik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dalam karya kesusasteraan tedapat unsur-unsur seperti hiburan, falsafah, ilmu pengetahuan, keindahan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik pembinaan negara bangsa, saudara disarankan supaya membaca Dasar Pendidikan kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Dasar Pembangunan Wawasan. 

Lain-lain13.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas