Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih. | Salam. Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun). Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja. Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman. Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto. Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum. Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati. Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti. Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran. | Lain-lain | 18.11.2009 |
Ayat tunggal: a) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah. b) Kompang dimainkan oleh murid sekolah menengah. Ayat majmuk yang manakah betul? 1) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan menengah. 2) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah. | Menurut data kami, ayat di atas betul. | Tatabahasa | 10.07.2016 |
Saya amat keliru dengan penggunaan istilah "Pelajar" dan "Murid" 1.Apa bezanya perkataan /penggunaan "murid" dan "Pelajar" ? 2. Apakah perkataan yang sesuai diguna pakai di sekolah rendah dan menengah "murid" atau "Pelajar".sebab di sekolah menengah pentadbir yang mengurus mereka tu digelar HEM ( Hal ehwal Murid ),dan untuk mereka yang berada di IPT diurus oleh HEP (Hal Ehwal Pelajar) | Perkataan murid, pelajar dan penuntut mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid boleh digunakan untuk sekolah rendah dan juga menengah manakala pelajar untuk sekolah menengah dan IPT. | Lain-lain | 18.05.2009 |
salam 1 Malaysia, soalan saya. manakah ayat yang sesuai bagi contoh berikut (no. 1 atau 2); Mohon cadangan ayat yang paling sesuai. 1. Ini menunjukkan bahawa, masing-masing guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun dalam kompetensi kandungan ilmu mata pelajaran 2. Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, masing-masing lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun. tq | Ayat yang kedua lebih mudah difahami dan diperbaiki menjadi, Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada sebelas tahun lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun. | Tatabahasa | 09.08.2015 |
salam 1 malaysia. yang manakah contoh ayat yang sesuai digunakan untuk menunjukkan penggunaan 'adalah tinggi' atau 'ialah tinggi' dalam ayat berikut; contoh 1. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru adalah tinggi. contoh 2. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi. mohon pembetulan jika perlu. terima kasih | Berdasarkan Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi. | Tatabahasa | 25.08.2015 |
salam 1 Malaysia, 1. Apakah penggunaan kata 'ke lima' (dijarakkan atau dekat) dalam ayat berikut sesuai digunakan? contoh ayat : faktor yang ke lima yang menghalang pelajar datang ke sekolah adalah kerana kemiskinan. 2. apa beza murid dengan pelajar? adakah penggunaan murid/pelajar dalam ayat berikut betul: contoh ayat : pelajar di sekolah rendah lebih mudah menerima nasihat daripada murid sekolah menengah. sekian terima kasih | 1. Faktor kelima yang menghalang pelajar datang ke sekolah ialah kemiskinan. 2. Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid lazimnya digunakan untuk sekolah rendah.
| Tatabahasa | 02.03.2015 |
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih. | 1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul. 2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
manakah ayat yang paling sesuai dari dua contoh berikut: contoh 1 : Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah 4 dan 3 mata pelajaran masing-masing. Contoh 2: Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah masing-masing 4 dan 3 mata pelajaran. mohon pembetulan. tq. | Ayat yang sesuai ialah ayat kedua. | Lain-lain | 06.07.2015 |
Salam 1Malaysia, soalan 1. bagaimanakah cara menggunakan ayat untuk perkataan 'masing-masing' dalam ayat berikut: Min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. ATAU min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah M=180.68 dan M=142.87 masing-masing. soalan 2. Adakah perlu saya meletakkan huruf 's' bagi perkataan respons? atau memadai dengan respon terima kasih | 1. Minimum kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah oleh murid-murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 dan 142.87. 2. Ejaan yang betul ialah respons. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
1)adakah terdapat perbezaan binaan plot dalam karya matapelajaran bahasa melayu(komsas) dan kesusasteraan melayu? 2)kini terdapat banyak buku rujukan dipasaran.buku terbitan apakah yang lebih sesuai digunakan dalam matapelajaran bahasa melayu sekolah menengah? | Plot dalam karya sastera yang digunakan dalam komsas masih sama, cuma pihak Kementerian Pelajaran mempermudahkan persembahan bahan tersebut sesuai dengan kemampuan pelajar. Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran perlu diteliti kandungannya agar sesuai digunakan sebagai bahan bantuan mengajar Bahasa Melayu sekolah menengah. | Lain-lain | 10.01.2008 |