Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih. | Salam. Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun). Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja. Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman. Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto. Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum. Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati. Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti. Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran. | Lain-lain | 18.11.2009 |
Saya amat keliru dengan penggunaan istilah "Pelajar" dan "Murid" 1.Apa bezanya perkataan /penggunaan "murid" dan "Pelajar" ? 2. Apakah perkataan yang sesuai diguna pakai di sekolah rendah dan menengah "murid" atau "Pelajar".sebab di sekolah menengah pentadbir yang mengurus mereka tu digelar HEM ( Hal ehwal Murid ),dan untuk mereka yang berada di IPT diurus oleh HEP (Hal Ehwal Pelajar) | Perkataan murid, pelajar dan penuntut mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid boleh digunakan untuk sekolah rendah dan juga menengah manakala pelajar untuk sekolah menengah dan IPT. | Lain-lain | 18.05.2009 |
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih. | 1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul. 2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
1)adakah terdapat perbezaan binaan plot dalam karya matapelajaran bahasa melayu(komsas) dan kesusasteraan melayu? 2)kini terdapat banyak buku rujukan dipasaran.buku terbitan apakah yang lebih sesuai digunakan dalam matapelajaran bahasa melayu sekolah menengah? | Plot dalam karya sastera yang digunakan dalam komsas masih sama, cuma pihak Kementerian Pelajaran mempermudahkan persembahan bahan tersebut sesuai dengan kemampuan pelajar. Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran perlu diteliti kandungannya agar sesuai digunakan sebagai bahan bantuan mengajar Bahasa Melayu sekolah menengah. | Lain-lain | 10.01.2008 |
1. Siapakah yang terlibat dalam proses Bank Soalan di sekolah menengah? 2. Apakah peranan mereka yang terlibat? | Untuk pertanyaan ini, saudara boleh merujuk Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 24.12.2009 |
Bagaimanakah penggunaan imbuhan -kan yang sebenarnya? cth : (1) Ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. (2) Ibu menghadiahi saya baju itu. Saya bertanya tentang soalan ini kerana semasa saya belajar di sekolah menengah,penggunaan imbuhan -kan mestilah diikuti dengan kata ganti diri selepasnya. | Menghadiahkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. Menghadiahi bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahi saya baju itu. Kedua-dua contoh ayat yang diberi betul. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
Apakah maskud 1 seperti tidak dapat ditanduk, telinga dipulas 2 mendongak ke langit jangan lupa rumput di bumi 3 diluah mati emak, ditelan mati anak Terima kasih | Untuk mendapatkan maksud berkaitan peribahasa tersebut, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain dan buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Salam sejahtera; Tuan; 1. Bilakah "guru besar"perlu ditulis dengan huruf besar? 2. Guru Besar sekolah saya sedang berucap di atas pentas. Soalan: Dalam ayat di atas, perlukah frasa "Guru Besar" ditulis dengan huruf besar? Sekian, terima kasih. | Guru besar ialah kata nama am sama seperti guru, namun apabila diganding dengan sekolah contohnya Guru Besar Sekolah Menengah Setapak maka ia menjadi kata nama khas. | Ejaan | 30.09.2011 |
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah. | 1. Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 2. Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa. | Lain-lain | 15.10.2010 |
Bagaimanakah tanda baca yang betul untuk menulis rangkai kata hari kemerdekaan? Sepanjang saya belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, guru-guru mengajar saya supaya menulis 'Hari Kemerdekaan' ( h dan k ) ditulis dengan huruf besar. Persoalannya ialah, dalam buku KSSR tahun 1 ( SJKC ) di tulis dengan huruf kecil. Yang manakah tanda baca yang betul ? Jika tuan tidak keberatan, saya ingin mendapatkan jawapan segera. | Dalam Kamus Dewan dieja "hari Kemerdekaan" sama seperti hari Buruh dan hari Pahlawan. | Ejaan | 11.10.2011 |