Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.neng.king] | منڠکيڠ

Definisi : 1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn suara yg keras, mem­bentak, mengherdik: janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yg kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.neng.king] | منڠکيڠ

Definisi : 1 bercakap dgn suara yg keras. 2 memarahi orang dgn suara yg keras; mengherdik: Dia ~ kulinya kerana tidak mengikut arahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengking
Kata Terbitan : menengking, tengkingan,

Peribahasa

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya melihat satu podcast di internet mengatakan satu pepatah melayu yang belum saya pernah dengar , bolehkan saya meminta untuk membuat semakan adakah terkandung secara rasmi dalam persuratan melayu atau hanya satu perkataan biasa sahaja " Tunduk sebelum Melangkah , Senyum sebelum Menengking , Menganga sebelum Bermadah" kalau menyanyi asli iramanya saya ingin memastikan ini adalah suatu pantaun ataupun sejenis rangkap apa
"Tunduk sebelum melangkah, senyum sebelum menengking, menganga sebelum bermadah" ialah ungkapan baharu yang dicipta atau dalam erti kata lain bukan peribahasa (pepatah) yang sedia ada.
Sastera21.02.2024
maksud pengkes / bentes ada tak perkataan ini dalam kamus dewan bahasa. mungkin ada yang sebut tendang atau ayat lainDalam Kamus Dewan terdapat perkataan pengkis bukan pengkes yang bermaksud membentak, menengking. Kata bentes pula bermaksud sepak-menyepak dengan tulang betis(suatu permainan). Makna21.03.2008
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikutEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP.Ejaan18.05.2011

Kembali ke atas