tuan, 1. adakah 'kami sekeluarga', 'kami semua' salah? Jika salah mengapa tidak tulis sebegitu? 2. bolehkah kita guna 'menengok televisyen'? terima kasih. | 1. Ungkapan kami sekeluarga, kami semuabetul kerana kami ialah kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan jamak. 2. Menengok televisyen tidak tepat yang betul ialah menonton televisyen, walau bagaimanapun menengok cerita Hang Tuah di televisyen, betul kerana menengok juga bermaksud melihat sesuatu pertunjukan atau menonton. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaian | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. | Istilah | 30.07.2009 |
Apa maksud 'pemantauan"? | Saudara, Perkataan pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.07.2009 |
ingin cari perkataan memantau | Mengikut Kamus Dewan "memantau" memberi makna = 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; | Makna | 26.06.2008 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |