Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Banting-banting tumbuhlah damit,
     Disukat bahagian panjang;
Pengantin lagi damit,
     Ibu bapanya akan menentang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rugi menentang laba,
     jerih menentang boleh.

Bermaksud :

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh.1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh.Tatabahasa23.04.2013
1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam

Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Surat itu sudah saya kirim.

2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah.

3. Ayatnya betul.

Tatabahasa17.11.2011
Apakah makna Intifada?Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987.Makna28.07.2006
1. Anti Trafficing in Persons 2. Trafficling in Persons.1. Anti penyeludupan manusia @ dlm. btk. ayat: (menentang/anti penyeludupan manusia) 2. Penyeludupan manusia 3. Penyeludup/orang yang diseludupIstilah17.04.2007
apakah mksud istilah berkelakuan baik, menderhaka terhadap kerajaan, dan fasih berbahasa melayuBerkelakuan baik bermaksud mempunyai akhlak yang baik, bermoral ataupun beretika. Menderhaka terhadap kerajaan bermaksud menentang atau tidak mengikut undang-undang yang telah sedia ada dalam sesebuah kerajaan yang sah. Fasih berbahasa Melayu bermasud seseorang itu boleh menuturkan bahasa Melayu dengan baik terutamanya dari sudut tatabahasa dan difahami oleh orang lain.Lain-lain29.06.2008
SOALAN Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai. Kalau mengikut penjelasan KAMUS DEWAN, GEMURUH 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; ADAKAH BERGEMURUH betul dalam SOALAN di atas juga? ATAU BERGERUMUH hanya boleh membawa erti - berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; etiga-tiga jawapan pun betul?Kata gemuruh membawa kedua-dua makna yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan salah satu maknanya dalam ayat adalah betul asalkan bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat: Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai, pasti yang dimaksudkan ialah makna kedua, iaitu berdebar-debar hati.Tatabahasa10.07.2011
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013
Saya ingin tahu erti sebenarn apakah maksud lencana SAYA ANTI RASUAH sepertimana yang di pakai oleh Pegawai dan anggota PDRM.Rasuah bermaksud perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberikan wang suap(pecah amanah, menggelapkan wang dll.) Anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan,menentang. Antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah. Sdr. boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia.Lain-lain01.10.2007
apakah perbedaan ayat 'pelanggaran' & 'perlanggaran' dan seumpamanya...terima kasihPerlanggaran bermaksud perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; Manakala pelanggaran ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada konteks dan situasi ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Lain-lain11.10.2010
A,kum, saya nak tanya perkataan 'perlanggaran ' dgn pelanggaran ada beza? Boleh tuan berikan contoh.r.kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perlanggaran ialah perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang. Pelanggaran pula ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Makna15.08.2010
12

Kembali ke atas