Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rap.kan] | منرڤکن

Definisi : mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pen­takrifan yg menyeluruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.rap.kan] | منرڤکن

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan se­suatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saudara/ri, Bagaimana pendapat anda pada ayat ini . (inculcate and sustain safety culture) mana antara yang di bawah sangat sesuai? 1. " menerapkan dan mengamalkan budaya kerja selamat" 2. " memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat" 3. " menerapkan dan mengekalkan budaya kerja selamat"Terjemahan yang lebih sesuai untuk frasa inculcate and sustain safety culture ialah "memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat".Lain-lain23.07.2015
apakah makna linguistik terapan?Secara umumnya, linguistik terapan ialah ilmu bahasa yang berusaha menerapkan hasil penelitian dalam bidang linguistik untuk keperluan praktik. Bidang Linguistik Terapan  mencakupi bidang pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikolografi, fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, dan mekanolinguistik.Makna22.09.2014
apa maksud merekayasa dan bagaimana ianya digunakan untuk membuat ayat yang mudah difahami. terima kasihMerekayasa bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu.Tatabahasa28.07.2011
apa maksud penerapan menurut kamus dewanMakna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan.Makna04.10.2009
BAGAIMANA MAHU MENGAPLIKASI PERANAN GURU SASTERA DALAM SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU?Saudara boleh mengemukakan pertanyaan ini kepada Pusat Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Sekolah-sekolah kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman saudara, guru sastera boleh menggunakan subjek Kesusasteraan Melayu untuk menerapkan nilai-nilai murni dan semangat sayang akan bangsa, agama dan negara dalam kalangan pelajar.Lain-lain04.03.2008
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam?

Saudara,

Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah  digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu  istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata  bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada.  

Lain-lain12.02.2010
mohon pertanyaan bagi maksud perkataan dan penggunaan ayat yang betul bagi perkataan Perekayasaan.

Rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja sebagai asas melaksanakan sesuatu. Perekayasaan yang bermaksud proses menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, sebagai  asas melaksanakan sesuatu, contoh ayat DBP akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui perekayasaan bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan.

Istilah25.08.2014
Apakah terjemahan untuk "high value workforce" dan "staff engagement programme".

Tidak data mengenai dua istilah yang dikemukakan. Namun, DBP mencadangkan istilah “High Value Workforce” sebagai “Tenaga Kerja Bernilai Tinggi”. Bagi istilah “Staff Engagement Programme” boleh dicadangkan “Program Pengambilan Pekerja” atau “Program Pelibatan Staf”. Sukacita kami mencadangkan agar sekiranya konteks “engagement” yang dimaksudkan ialah program untuk melibatkan pekerja, namakan program tersebut dengan nama khas da menerapkan matlamat program dengan konteks makna – pelibatan pekerja.

Istilah20.02.2014
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen.Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu".  Contohnya:  Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu.
2.  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya.  Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.
3.  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.
4.  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.
Lain-lain31.12.2016
12

Kembali ke atas