Mengikut Kamus Dewan, apa yang dimaksudkan dengan Penerbitan dan Nafas Baru | enerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; manakala nafas baru ialah menghidupkan semula atau memberi idea baru supaya sesuatu itu dapat memberi saingan kepada produk atau hasil yang dikeluarkan. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
1.Kami ingin menerbitkan buku di bawah DBP. Apakah prosedur yang kami perlu lakukan. 2. Sekiranya buku kami diterima untuk penerbitan DBP, adakah proses permohonan ISBN juga akan dilakukan oleh DBP. 3. Adakah boleh untuk menerbitkan bahan yang sama tetapi dalam bentuk hardcopy dan e book? (maaf guna BI) Terima kasih | 1. PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku umum kepada Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melalui proses kerja seperti berikut: 1. Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun) Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: - Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak. 3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan, tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip. 4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis. 5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Editorial (JKE) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya. 6. Jika memperoleh kelulusan JKE, proses penerbitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan tersebut. 2. Ya, permohonan ISBN akan dilakukan oleh DBP. 3. Boleh diteterbitkan dalam kedua-dua bentuk oleh DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 16.06.2022 |
Pengetahuan saya tentang penulisan adalah sangat lemah. Saya berhasrat untuk menghasilkan dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk - Teknik dan Panduan Jawab Sains UPSR. Buku ini diharap akan menjadi buku panduan seluruh pelajar sekolah rendah di Malaysia. Bolehkah pihak tuan membantu saya dalam 1. penyediaan manuskrip. 2. cipta 3. ilustrasi 4. penerbitan | Sdr. wangsapertiwi, salah satu matlamat DBP adalah menerbitkan buku yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbitan. Terdapat beberapa bahagian dalam Jabatan Penerbitan yang menerbitkan buku bahasa, buku sastera, buku kanak-kanak dan remaja, buku teks sekolah, buku umum dan majalah. Semua penerbitan dalam bahasa Melayu merangkumi pelbagai bidang ilmu untuk memenuhi keperluan pembaca. Menjawab soalan sdr. setakat ini DBP tidak membuat perolehan judul yang berkaitan dengan teknik dan panduan menjawab soalan untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Bahagian Buku Sekolah hanya menerbitkan buku teks untuk sekolah rendah dan menengah yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja pula menerbitkan buku sokongan pendidikan sebagai bacaan tambahan kepada buku teks. Jika sdr. berminat untuk menulis dengan DBP, bolehlah diajukan permohonan untuk mengikuti bengkel penulisan buku kanak-kanak dan remaja pada tahun 2014. Sila emelkan kepada: rosnah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. Hajah Rosnah Awang Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.10.2013 |
salam. Saya ingin bertanya tentang kamus BM-BM untuk murid tahap 1 (Tahun 1,2,&3) dan juga kamus BM-Bm untuk tahap 2 (Tahun 4,5,& 6) sekolah rendah. | DBP ada menerbitkan Kamus KBSR Dewan Bergambar untuk memenuhi keperluan murid Darjah 4,5 dan 6. Namun demikian, kamus ini juga dapat memberi bantuan kepada pengguna lain yang memerlukan kamus seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.05.2010 |
Saya pernah menjadi peserta penulisan kreatif JPS dan DBP pada 13 Mei 2011. Saya mempunyai koleksi cerpen dan puisi. Solaan saya: 1. Saya ingin menerbitkan karya-karya saya, sebagai bukti untuk mendorong pelajar-pelaar saya di sekolah, bagaimana langkah permulaannya?. 2. Beberapa karya saya yang diterbitkan di Berita Harian, bolehkah diterbitkan melalui DBP? Saya seorang guru di SAM(T) Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis, | Saudara boleh menghantar karya sastera berupa sajak, cerpen dan lain-lain kepada Puan Rozninah Abd. Azib, Editor majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur melalui e-mel beliau: rozninah@dbp.gov.my atau Puan Puan Haziah Che Husin, Penolong Editor majalah Dewan Sastera melalui e-mel: haziah@dbp.gov.my. Untuk makluman saudara pihak penerbit yang telah menerbitkan sesuatu karya menjadi pemegang hak cipta karya berkenaan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. | Lain-lain | 11.07.2011 |
salam, saya ingin menerbitkan dua buah buku. 1) buku thesis ijazah saya 2) buku teknologi tenaga solar (bidang kepakaran saya) apakah laluan yang perlu saya ikuti sehimgga buku saya dapat diterbitkan. Terima kasih stevenson | Waalaikumussalam. Tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan melalui talian 0321479494 untuk maklumat lanjut. Sekian. Terima kasih. | Karya | 20.06.2017 |
Tuan, apakah peranan DBP: 1. Secara langsung kepada sekolah 2. Secara tidak langsung kepada sekolah | Assalamualaikum, Saudari Ramziah. 6 fungsi utama DBP ialah: 1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. 2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. 3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain. 4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. 5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. 6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa. Berdasarkan fungsi utama di atas, peranan secara langsung DBP kepada sekolah adalah yang berkaitan dengan usaha penyebaran ilmu pengetahuan melalui penerbitan buku dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut: 1. Menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah. 2. Menerbitkan majalah yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah seperti Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Majalah-majalah lain yang juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar ialah Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Ekonomi. Dewan Kosmik dan Dewan Bahasa. 3. Menerbitkan Kamus untuk kegunaan pelajar misalnya KAMUS MELAYU-INGGERIS (EDISI PELAJAR), KAMUS ARAB-MELAYU RENDAH DEWAN, KAMUS MELAYU-INGGERIS DEWAN, KAMUS TAMIL-MELAYU DEWAN, KAMUS MANDARIN-MELAYU DEWAN dan banyak lagi. Kesemua kamus ini masih dalam proses penerbitan dan ada yang dijangka terbit dalam tahun 2010 dan 2011. Manakala peranan secara tidak langsung adalah yang berkaitan dengan usaha mengembangkan minat pelajar serta guru dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi serta memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya melalui pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pelajar dan guru seperti berikut: 1.Program Kebahasaan: -Pertandingan Forum Pelajar (untuk pelajar sekolaj jenis kebangsaan) -Pertandingan Forum Remaja - Peraduan Mengarang Esei -Pertandingan Koir -Pertandingan Deklamasi Puisi -Pertandingan Pidato -Pertandingan Bercerita 2.Program pengembangan kesusasteraan : 1. Sesi bercerita. 2. Program 'Seronoknya Membaca'. 3. Minggu Penulis Remaja. 4.Bengkel Penulisan Hadiah Tunas Remaja. 5. Program Kelab Tunas Renaja. 6. Kuiz Sastera Perdana 7. Bengkel Penghayatan Sastera KOMSAS untuk Guru. 8. Bengkel Teknik Bercerita Untuk Jurulatih(Guru) 9. Ceramah Sastera di sekolah. 10. Bengkel Penulisan untuk Pelajar Sekolah dan lain-lain lagi. Selain aktiviti yang dinyatakan di atas, sebenarnya ada banyak lagi yang tidak disebutkan. Terdapat program atau aktiviti yang berlainan dilaksanakan oleh DBP di peringkat cawangan seperti Sabah dan Sarawak dan di pejabat Wilayah DBP di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Namun kesemuanya menjurus ke arah matlamat meningkatkan kecintaan dan kemahiran penggunaan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar dan guru. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan oleh DBP melalui kerjasama dengan pihak lain seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Malaysia di peringkat negeri serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain. Sekian terima kasih. AZHAR MOHD. DORA Bhg. Dasar dan Pembangunan Korporat DBP azhar@dbp.gov.my | Lain-lain | 12.07.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak tanya: 1) Adakah DBP menyediakan perkhidmatan atau pendaftaran sebagai pembekal (vendor) kepada syarikat luar terutama syarikat yang juga menerbitkan buku? 2) Bagaimanakah syarikat kami ingin menerbitkan buku dibawah penerbitan DBP dan apakah prosedur? Terima kasih | Salam sejahtera, Perkhidmatan atau pendaftaran sebagai pembekal. Untuk makluman, Syarikat mestilah berdaftar dgn Dewan Bahasa dan Pustaka terlebih dahulu. Borang pendaftaran syarikat mestilah dilengkapkan dengan mengemukakan beberapa salinan dokumen yang diperlukan. Borang pendaftaran hanya boleh diambil oleh wakil syarikat yang sah sahaja di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka 50460 Kuala Lumpur. Sekian. | Lain-lain | 16.02.2021 |
معاذ عابيدين Muaz Abidin WED 1:26AM Assalamualaikum Saya Muhammad Muaz Abidin b Mustaffar pelajar pergigian di UIAM Kuantan Saya ingin mencadangkan agar DBP dapat menerbitkan semula buku terjemahan Bagaimana Membaca Buku yang pernah diterjemah oleh Rustam A. Sani , karya Mortimer J. Adler Usaha DBP untuk menerbitkan semula buku ini amat saya hargai | Terima kasih atas cadangan yang diberikan dan kami panjangkan cadangan tersebut kepada pihak yang berkepentingan di DBP. | Lain-lain | 14.12.2015 |
1- cara penerbitan antologi puisi perseorangan ?. 2- adakah pihak DBP masih menerima untuk menerbitkan antologi puisi perseorangan ? 3-mohon pihak tuan melihat sedikit puisi saya di laman blog berikut iaitu - http://kotapuisi.blogspot.com/ | Salam. Cara penerbitan kumpulan puisi perseorangan: i. Kumpul karya puisi sekitar 50 buah hingga 100 buah atau lebih. Sekiranya mempunyai wang peruntukan sendiri lebih mudah menerbitkan sendiri. ii. Pihak DBP bersedia menerima pengiriman karya kumpulan puisi perseorangan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dalam hal ini, sdr. perlu mengrimkan 100 buah puisi atau lebih (lebih banyak lagi baik). Sebaik-baiknya, puisi-puisi tersebut perlu disusun mengikut tema dan akan melalui proses penilaian oleh pakar yang dilantik oleh pihak DBP. Sekian dan selamat berjaya! Wassalam. | Lain-lain | 24.03.2009 |