Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ro.ka.i] | منروکاءي

Definisi : menjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teroka
Kata Terbitan : meneroka, menerokai, peneroka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Meneroka ilmu atau menerokai ilmu? Bila boleh guna menerokai? Sila tunjuk ajar. Terima KasihFrasa yang betul ialah menerokai ilmu. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2347, perkataan menerokai bermaksud mempelajari atau melibatkan diri dalam sesuatu bidang, kegiatan dan sebagainya sebelum mendalami dan menguasainya. Makna02.07.2024
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami.Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat.  Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia.

Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami.
Tatabahasa31.03.2015
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Bidang keusahawanan wajar diterokai olen golongan remaja.

Golongan remaja wajar menerokai bidang keusahawanan.

Tatabahasa21.09.2021
apakah konsep makna simbolik dalam semantik bahasa melayu?

Sila rujuk bahan seperti dibawah :

1. Semantik dan pragmantik: satu pengenalan / Norhashimah Jalaluddin, DBP : 1992 

2. Menerokai struktur semantic / Nida, Eugene Albert, DBP : 1996

  3. Semantik / Palmer, F. DBP : 1989

  4. Apa itu semantic / Ismail Jusoh, Pelita Bahasa : November 1998

  5. Perkembangan semasa teori semantic / Awatif Muhammad, Pelita Bahasa : Disember 1998

  6. Persoalan semantic dalam analisa transformasi / Nik Safiah Karim, Dewan Bahasa : Jun 1978

  7. Perwakilan pelbagai paras : satu analisis semantic / Jumiya Ahmad, Jurnal Dewan Bahasa : September 1997

 

Lain-lain08.07.2008

Kembali ke atas