Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka.Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya.
Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2012
Apakah perbezaan antara menyambungkan dengan menyambung?Menyambung membawa maksud: 1. menjadikan lebih panjang dengan tambahan (tali, perbualan, cerita, dan lain-lain), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dan lain-lain)2. meng­hubungkan sesuatu dengan yang lain (benda yang putus-putus dan lain-lain) 3. menghubungkan (tele­fon yang mendapat panggilan dengan sam­bungan-sambungan lain). Menyambungkan pula, 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan 2. menghubungkan sesuatu dengan yg lain (perkara yg putus-putus dll) 3. menggunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyambung untuk (orang lain). Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. Cuma makna tambahan bagi menyambungkan ialah, menyambung untuk orang lain.Tatabahasa16.06.2016
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih.

1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan.

2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka.

3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai.

Tatabahasa04.07.2011
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Maksudnya, pihak kami boleh meneruskan edaran kepada pihak luar seperti yang telah disebutkan. 2. Adakah perlu kami menghantar artikel untuk semakan pihak BDP? 3. Bolehkah pihak kami memohon khidmat DBP untuk menterjemah buku Melayu kepada Inggeris?Kami tidak dapat mengaitkan soalan pertama tuan dengan maklumat yang lain. Untuk makluman tuan, kami membuat semakan untuk teks yang tidak melebihi 100 patah perkataan dan kami juga tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk khidmat terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, no 03-92262506.Lain-lain06.01.2014
Salam sejahtera, tuan. 1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok. Adakah ayat ini betul? Jika tidak, pembetulan ialah apa? 2. Baik Ali mahupun Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. 3. Pemandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. 4. Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya. 5. Segala gangguan/kesulitan amat dikesali oleh Pihak Jabatan Kerja Raya. 6. Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai. Adakah ayat ini betul? 7. Yi He menjalin/mencampurkan kedua-dua warna tersebut sebelum melakukan kerja-kerja mengecat. 8. a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Ayat manakah yang betul? 9. Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. Adakah ia betul? Kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai? 10. Tangannya meraba-raba/merayau-rayau mencari jarum yang jatuh ke lantai. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

  1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok.
  2. Baik Ali, mahupun Ahman kedua-duanya amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. atau Ali dan Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah.
  3.  Permandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. (perkataan “nian” boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif).
  4.  Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya.
  5.  Sebarang kesulitan amat dikesali. (Jabatan Kerja Raya) Biasanya Jabatan Kerja Raya ditulis pada bahagian bawah sebelah kiri   atau kanan papan tanda/teks.
  6.  Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai.
  7.  Yi He mencampurkan kedua-dua warna cat sebelum melakukan kerja mengecat.
  8.  a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan     ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Kedua-dua perkataan “melihat” dan “menyaksikan” boleh digunakan dan sama maknanya.
  9.  Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. (“ia” boleh merujuk kepada kata ganti nama bukan manusia, selain kata ganti nama diri ketiga bagi manusia)
  10. Tangannya meraba-raba mencari jarum yang jatuh ke lantai.(Perkataan yang sesuai digunakan ialah “meraba-raba”, manakala perkataan “merayau-rayau” digunakan untuk menekankan “merayau”).

        Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).

Tatabahasa15.07.2024
Saya berminat untuk menulis buku dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun sebelum saya meneruskan dengan draf penulisan, saya mempunyai beberapa persoalan: 1) Adakah saya perlu menghantar kertas cadangan penulisan buku untuk dinilai? 2) Sekiranya tidak perlu, apakah proses penerbitan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka? 3) Sekiranya perlu, adakah terdapat garis panduan penyediaan kertas cadangan tersebut? Sekian.Untuk penerbitan buku da pertanyaan berkaitan dengan penerbitan buku, tuan boleh menghubungi Ketua Editor Bahagian Buku Umum melalui e-mel azahari@dbp.gov.my.Lain-lain18.12.2023
1. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan istilah 'Proposal Defense' dan 'Viva Voce'? 2. Adakah betul penggunaan istilah 'pascasiswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? Keliru dengan hasil pencarian ini --> [pas.ca.sis.wa.zah] | ڤسچاسيسوازه Definisi : bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamat­kan ijazah pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 3. Adakah betul penggunaan istilah 'siswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana?

1. Mohon tuan/puan berikan penggunaan “proposal defense” dan “viva voce” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.1">

2. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “pascasiswazah” sebagai penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamat­kan ijazah pertama. Ini bermakna merujuk kepada penuntut yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.1">

3. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “siswazah” sebagai orang yang telah lulus dari universiti, iaitu lulusan universiti.
Istilah18.04.2019
Maaf, jawapan yang PALING SESUAI ialah... A atau B? 1. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk A. meneroka B. mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 2. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya A. bergelora B. bercelaru melihat tetamu yang ramai.

1. Meneroka dan dan mencari, kedua-duanya boleh melengkapkan ayat tersebut. Meneroka bermaksud menyelidiki untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi dan mencari bermaksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu.

2. Kedua-duanya betul kerana menggambarkan perasaan yang dialami. Bergelora bermaksud sangat gelisah (perasaan) dan bercelaru bermaksud tidak tentu arah.

Tatabahasa07.07.2011
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih.

1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks.

2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..."

3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia.

Makna09.07.2009
Assalamualaikum, Saya ada sedikit kekeliruan untuk menentukan jenis ayat majmuk sama ada ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran bagi ayat-ayat di bawah: 1. Pada peringkat ini, para pelajar akan mengikuti pengajian untuk memperoleh sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan. 2. Keputusan yang cemerlang sebenarnya merupakan tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 3.Dengan cara ini, para bakal siswa atau siswi akan dapat memilih bidang pengajian yang ingin diikuti dengan tepat serta bersesuaian dengan kerjaya yang bakal dibina pada masa hadapan. 4. Buatlah pilihan dengan bijak untuk masa depan dan kerjaya andaDalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri tetapi digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Ayat contoh yang diberikan ialah ayat biasa yang mempunyai sederetan frasa nama yang menjadi subjek/predikat atau sederatan frasa kerja yang menjadi predikat. Untuk melihat contoh ayat majmuk yang baik, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 hingga 519.Tatabahasa07.04.2013
123

Kembali ke atas