Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.tap] | منتڤ

Definisi : mengeringkan (air mata dll) dgn kain dll, mengelap (dakwat, air, dll), mengesat: ditetapnya air matanya dgn sapu tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.tap] | منتڤ

Definisi : tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadi-kan kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.tap] | منتڤ

Definisi : duduk atau tinggal dgn tetap di sesuatu tempat: Ada yg pulang ke kampung halamannya dan ada juga yg ~ di kota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap2
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan, menetap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat-ayat berkenaan betul? (soalan PMR 2012) Apakah kesalahannya?1. Murid-murid tadika itu diajari cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. diajari bukan diajarkan kerana diajari bermaksud diajar seseorang manakala diajarkan bermaksud diajar sesuatu.
2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat ini betul.
Tatabahasa10.10.2012
Assalamualaikum. 1. Adakah buku Sejarah Johor terdapat di pusat dokumentasi DBP KL? Jika ada, bagaimana caranya untuk saya meminjamnya tanpa perlu saya ke DBP? (Saya menetap di Johor Bahru)

Saya percaya buku yang dimaksudkan ialah karangan Buyong Adil. Sdr Zaidah boleh meminjam buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu di Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru melalui khidmat Sistem Perbekalan Penerbitan atau dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Jika sdr belum menjadi ahli sdr boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan di Pusat Dokumentasi Melayu dan seterusnya mendapat kemudahan meminjam buku. Terima kasih kerana sudi menghubungi kami.

Lain-lain02.06.2011
saya sangat berminat dalam bidang penulisan. Dulu pernah menyertai Persatuan Penulis NS (PEN) dibawah bimbingan Mahaya Mohd Yassin, Zaharuddin Pilus dan Arshad Rawian. Malang sekali, saya menyambung belajar dan menetap di tempat lain. Kesibukan belajar membataskan saya untuk meneruskan minat tersebut. Walau bagaimana pun, kini minat yang begitu mendalam itu datang kembali dan saya ingin terus berkecimpung dalam bidang penulisan. Bagaimanakah jika saya ingin terlibat dalam bengkel-bengkel penulisan dan sesuatu yang berkaitan dengan penulisan kreatif? Harap dapat [penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih..

Untuk makluman saudara, bengkel penulisan kreatif ditangani oleh Bahagian Pengembangan Sastera (BPS). Setiap tahun, lazimnya BPS merancang mengadakan bengkel penulisan mengikut genre yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 2008, fokus BPs ialah pada penulisan cerpen; 2009, apresiasi puisi, dan tahun 2010, fokusnya ialah pada drama (kepada penulis yang telah menulis skrip/sedia ada skrip drama pentas).

DBP akan mewujudkan satu Bahagian baharu, iaitu Bahagian Pembinaan Bakat, mulai (kemungkinan) pada Mei 2010. Oleh itu, saudara bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian tersebut untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih. 

Lain-lain14.04.2010
Saya berminat menulis dan menerbit buku-buku berasaskan suku kaum Rungus. Apa kah syarat-syarat nya?

DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah.

Lain-lain15.09.2009
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara?

Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Lain-lain07.01.2011
saya ingin menerbitkan buku untuk dijual kepada pelajar sekolah. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penerbitan DBP. Bolekah berurusan di pejabat DBP cawangan Sabah.DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah.Lain-lain06.03.2009
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP mengapa pihak DBP tidak mempermudahkan sistem memohon perkerjaan melalui online?pada pendapat saya ianya lebih memudahkan penggunanya untuk memohon secara online seperti hal yang berlaku kepada saya yang duduk jauh dari kawasan semenanjung, saya menetap di Sarawak

Sdr,

Terima kasih di atas cadangan tersebut. Insyaallah kami akan menuju ke arah itu.

Lain-lain04.02.2009
Assalamalaikum dan selamat sejahtera. Saya mempunyai minat dalam penulisan seperti puisi, sajak, cerpen dan novel. Masalahnya saya tidak tahu kemana hasil karya ini hendak saya salurkan? Saya juga pernah memasuki pertandingan mencipta puisi kemerdekaan 2007 ajuran DBP kawasan Selatan. Di harap pertanyaan saya ini mendapat pertimbangan dari pihak saudara dan di sudahi dengan ucapan terima kasih. Siti Zaleha Samad 019 7958445Karya saudara yang terdiri daripada kumpulan sajak, kumpulan cerpen atau novel boleh disalurkan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, No. 1&3, Jalan Susur Dato' Mohd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, 80350, Johor Bahru, Johor, jika saudara menetap di Johor dan Melaka. Jika saudara menetap di Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan, salurkan karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain02.08.2007
Saya ingin menerbitkan sebuah buku dalam Bahasa Dusun mengenai cerita legenda masyarakat Dusun Sabah tetapi tidak tahu cara-cara penerbitan buku. Bagaimana kah proses penerbitan dari mula sehingga buku siap untuk di pasarkan dan sila beritahu cara-cara pemasaran. Terimakasih.

DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. 

Lain-lain28.02.2008
Salam, Saya hendak bertanya apakah perbezaan di antara penggunaan perkataan migrasi, imigrasi dan imigresen? Adakah penggunaan perkataan imigrasi bersamaan dengan imigresen? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
i. migrasi - 1. perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain 2. perpin­dahan (burung) dari satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim
ii. imigrasi - perihal masuk ke negeri asing untuk menetap
iii. imigresen - pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport untuk warganegara dsb.
Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, perkataan "imigrasi" dan "imigresen" adalah berbeza.
Makna03.05.2013
12

Kembali ke atas