Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengabaikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pasangan "Sebagaimana...begitu juga" tergolong dalam kata apa dalam BM? Contoh ayat: Sebagaimana dengan ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar. Soalannya: Adakah "dengan" diperlukan selepas "sebagaimana"" Atau memadai setakat mengatakan "Sebagaimana ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar"? Terima Kasih.Sebagaimana bermaksud sama halnya dengan, oleh itu tidak perlu lagi diikuti kata dengan.Tatabahasa08.09.2011
penggunaan untuk numbor kosong '0', di hadapan titik perpuluhan, ramai pengkaji mengabaikan penggunaan 0 di hadapan titik perpuluhan ( .123). Soalan saya, penggunaan mana yang tepat antara 0.123 atau .123 dalam penulisan?. Terima kasih

Nombor kosong sebelum titik perpuluhan perlu ditulis, contohnya 0.123

Ejaan23.06.2011
salam hormat buat dbp, boleh saya tanya, adakah penggunaan bahasa rojak juga mengabaikan penggunaan seperti antonim dan sinonim ? contohnya, perkataan "pasal" digunakan untuk menggantikan berkaitan, tentang, berkenaan dan mengenai.Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat hanya perkataan pasal dilabelkan sebagai bahasa percakapan (bp) kepada perkataan fasal. Bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan secara lisan terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul.Tatabahasa20.11.2013
Terdapat kata dalam bahasa Melayu yang menerima imbuhan apitan meN ....kan seperti mengabaikan,mengumpulkan dan sebagainya.Bagaimanakah dengan perkataan GELAR,MENGGELARKAN ATAU MENGGELARI ATAU MENGGELAR? Manakah yang persis?Semua yang dinyatakan tersebut betul.Tatabahasa02.09.2008
Takrif lekafon.

Lekafon ialah istilah bahasa Melayu untuk ‘phubbing (bidang Teknologi Maklumat). Lekafon boleh ditakrifkan sebagai amalan mengabaikan teman atau sahabat kerana asyik bermain atau menggunakan telefon atau peranti elektronik lain.

Makna28.06.2018
Apakah maksud Pembangunan Mampan Melestarikan Alam Sekitar?..dan bagaimanakah cara2 melestarikan alam sekitar?Pembangunan mampan pernah ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu dan menggunakan sumber dengan cekap dapat mengekalkan  alam sekitar yang bersih dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelestarian alam sekitar termasuklah cara-cara melestarikan alam sekitar sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Makna18.03.2009
Benarkah tatabahasa bahasa Melayu boleh diabaikan dalam penulisan lirik lagu dan puisi ? Berdasarkan pemerhatian saya, banyak pantun, syair dan gurindam lama yang salah tatabahasa. Begitu juga sajak-sajak daripada penulis mapan yang jelas salah penggunaan tatabahasa. Apatah lagi lirik lagu masa kini yang mengabaikan terus kesantunan bertatabahasa.DBP ada menerbitkan sebuah buku "Memahami Gaya Bahasa" oleh Rahman Shaari. Dalam buku tersebut penulisnya ada membincangkan tentang 'Hubungan Tatabahasa dengan Puisi' dan tentang 'Licentia Poetica'. Buku terbitan tahun 1993 boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan DBP. Sekian, terima kasih.Lain-lain29.11.2009
Manakah yang betul? Dapatkanlahnya sebelum stok habis atau Dapatkannyalah sebelum stok habis? Setahu saya dapatkanlah diterima sebagai mematuhi hukum nahu BM (dapatkan + -lah untuk memperlembut suruhan) dan dapatkanlah perlu disusuli objek dan dalam kes ini -nya. Namun, sata ada terlihat penggunaan dapatkannyalah juga. Mana yang betul?Frasa ini lebih berbentuk frasa iklan. Terdapat penggunaan ayat yang berbeza antara frasa bentuk biasa dan bentuk iklan tanpa mengabaikan tatabahasa. Untuk frasa ini lebih tepat sekiranya menggunakan ayat: Dapatkan sebelum stok habisTatabahasa12.04.2019
Salam, frasa yang manakah betul?mendeklamasikan sajak atau mendeklamasi sajak?apakah bezanya?bolehkah tuan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.terima kasihFrasa yang betul ialah mendeklamasikan sajak. Deklamasi termasuk dalam salah satu kata dasar yang hanya dapat menerima apitan men-....-kan. di-...-kan atau ber-...-kan, dan tidak dapat menerima awal meN, di-. atau ber- sahaja.
Contoh kata lain yang termasuk dalam kumpulan ini:

mengabaikan        bukan    mengabai
menggelarkan       bukan    menggelar
mencantikkan        bukan    mencantik
menjatuhkan          bukan    menjatuh

dan banyak lagi.

Untuk memastikannya saudara boleh lihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, hanya ada perkataan mendeklamasikan sahaja, dan bukan mendeklamasi.
Istilah19.03.2014
Mengapa DBP tidak memberi nasihat kepada Syarikat di Malaysia terutama yang berkaitan dengan GLC dalam penggunaan Bahasa Melayu didalam perkhidmatan di Malaysia. Contohnya TM dan MayBank yang menggunakan bahasa Inggeris dipapan iklan/kain rentang dan juga SMS kepada pengguna.Untuk makluman tuan, DBP melaksanakan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam, sektor awam , sektor swasta  dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.  DBP menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan.  Selain itu, DBP juga menyediakan Khidmat Pengesahan Bahasa dan Khidmat Pantau Tegur Bahasa dalam membantu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di negara kita.Lain-lain11.10.2013
12

Kembali ke atas