Salam sejahtera, apakah istilah atau terma bagi ayat yang digunakan sebelum pengumuman sesuatu acara ketika mengacarakan majlis? Contohnya: 1. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian 2. Yang Berbahagia Dato', tuan-tuan dan puan- yang dihormati sekalian dan seumpamanya. Adakah ia juga dikategorikan sebagai penanda wacana? Terima kasih. | Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dan sebagainya. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana, sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar. Berdasarkan contoh yang diberikan, frasa tersebut dikategorikan sebagai “kata-kata aluan”. | Tatabahasa | 09.09.2022 |
"Aku mohon maaf jika terdapat kesilapan semasa mangacarakan majlis ini," kata juruacara itu. 1) Perlukah imbuhan 'me-' dibubuh pada perkataan 'mohon'? 2) Adakah penggunaan perkataan 'mengacarakan' betul dalam ayat ini? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai dalam situasi sebegitu? Terima kasih. | 1) "Memohon" boleh juga digunakan kerana penggunaan perkataan itu lebih santun. 2) Penggunaan perkataan "mengacarakan" betul kerana ia bermaksud menjadikannya sebagai salah satu acara atau memasukkannya ke dalam susunan rancangan. Dalam contoh ayat yang diberi, sebaik-baiknya kata ganti nama diri pertama "aku" ditukar kepada "saya" bagi menjadikan ayat lebih santun. | Tatabahasa | 03.04.2009 |