Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan? | 1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya. 2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
adakah DBP mengadakan kursus untuk suntingan dan terjemahan. bagaimana dengan yurannya. | DBP menawarkan pelbagai kursus penataran termasuklah penataran bahasa Melayu, penyuntingan dan pengucapan awa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 11.06.2012 |
Kami akan mengadakan forum sempena seminar kecemerlangan pekerja. Saya ingin mendapatkan cadangan peribahasa yang sesuai untuk pekerja perlu memberikan khidmat sesuai dengan kenaikan gaji @ kerja perlu setimpal dengan kenaikan gaji | Kamus Peribahasa disusun mengikut entri peribahasa dari abjad A hingga Z, dan barulah diperoleh maksud peribahasa tersebut. Oleh itu, puan perlu melihat satu per satu entri peribahasa untuk mendapat yang sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Sila rujuk, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan boleh juga menyemak melalui laman web kami www.prpm.gov.my dan taipkan kata kunci makna peribahasa tersebut dalam Carian Spesifik dan klik "Peribahasa". | Tatabahasa | 20.04.2012 |
Kami ingin mengadakan lawatan di Universiti di sekitar Indonesia yang menawarkan program Pengajian Melayu. Apakah universiti yang sesuai untuk dilawat dan mempunyai kerjasama dengan DPB? | Puan, antara universiti di Indonesia yang pernah menjalin hubungan kerjasama dengan DBP ialah: - Universitas Sumatera Utara
- Institut Teknologi Bandung
- Universitas Hasanuddin, Makassar
- Institut Teknologi Bandung
- Universitas Hasanuddin, Makassar
- Universitas Islam, Makassar
- Universitas Pakuan, Bogor
- Universitas Muhammadiyah Surakarta, Solo
- Universitas Mulawarman, Banjar Masin
- Universitas Negeri Makassar
| Lain-lain | 14.04.2012 |
ADAKAH DBP MENGADAKAN PROGRAM DI SEKOLAH UNTUK MEMARTABATKAN B.M UNTUK WARGA SEKOLAH | Terdapat pelbagai program yang DBP anjurkan, sila layari laman web dan klik pada aktiviti terkini. | Lain-lain | 13.11.2011 |
JPA akan mengadakan Persidangan Pegawai Psikologi bulan ogos ini. saya ingin bertanya boleh ke kami menggunakan 'MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN' - majlis penutup yang akan dirasmikan oleh KPPA. mohon pandangan dengan segera. terima kasih. | Frasa "Majlis Penutupan ..." adalah lebih tepat daripada frasa tersebut. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
“Mereka akan mengadakan himpunan pada 7 Mac 2009.” Ayat seperti ini saya temukan (temui?) dalam blog. Persoalannya, kata yang lazim digunakan ialah “perhimpunan” dan bukan “himpunan”. Benarkah penggunaan kata “himpunan” dalam ayat ini tepat? | Sdr. Miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Dalam penggunaan perhimpunan adalah lebih tepat kerana mengikut pengertian yang diberikan berikut makna himpunan,ialah timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; | Kamus Dewan Edisi Empat |
| Makna | 23.02.2009 |
Adakah DBP mengadakan kursus Penulisan Teks Ucapan untuk kaki tangan kerajaan? Jika ada bila tarikh tersebut dan bagaimana cara memohon? | Sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 05.05.2008 |
kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasih | KOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan ke / di Hutan Liput Templer. | Ayat yang betul ialah Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Templer. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 23.03.2010 |