Saya sedang dalam usaha menjalankan kajian mengadaptasi ujian petuturan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. Justeru saya memerlukan khidmat DBP untuk mendapatkan senarai kata nama dalam bahasa melayu yang terdiri daripada 3 huruf dan 4 huruf. Jasa baik DBP amat dihargai. Terima Kasih | Sdr. Faizzuddin, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Pada pendapat saya ada lebih baik saudara menyemak kata nama yang diperlukan ini melalui pelbagai kamus yang ada di pasaran, termasuklah kamus yang dikeluarkan oleh DBP. | Ejaan | 29.04.2009 |
SALAM ILMU SUKA SAYA NYATAKAN BAHAWA SAYA BERMINAT UNTUK MENGADAPTASI BEBERAPA NOVEL & CERPEN PILIHAN SASTERA MELAYU KITA KE DRAMA ATAU TELEMOVIE ATAU FILEM UNTUK FESTIVAL MAHUPUN TV. DI SINI, SAYA INGIN SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI CERPEN / NOVEL YANG PERNAH SAYA BACA DAN HAYATI DAHULU ANTARANTA : DAERAH ZENI, HARI KEMERDEKAAN... SEKIAN TERIMA KASIH KRISHNA SUPERAMANIAM 012-3584176 | Bagi mendapatkan teks novel Daerah Zeni (karya SN A Samad Said) dan Hari Kemerdekaan (karya ?) sdr. bolehlah merujuk ke Perpustakaan DBP atau lebih dikenali Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau merujuk di semua perpustakaan IPTA seluruh negara atau membeli naskhah tersebut di Kedai Koperasi DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2009 |
mengapa tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi? apakah kita mesti menggunakan roman sebagai tulisan rasmi? jikalau ingin membubarkan PPSMI, perlu adanya perkataan-perkatan sendiri dalam istilah perubatan. bukannya mengadaptasi bahasa asing. saya seorang pelajar sains. dulu saya mempelajari biologi, fizik dan kimia dalam Bahasa Melayu, saya mendapati banyak istilah-istilah hanya dimelayukan, bukannya asal daripada Melayu sendiri. bagaimanakah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? tolong beri perhatian. | Sekiranya tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi sayalah antara orang yang paling gembira sekali. Saudara bagaimana? Kadang-kadang kita perlu membuka minda dan memahami bahawa sifat sesuatu bahasa itu tidak statik. Ia akan berubah mengikut perkembangan zaman. Itulah tanda bahawa bahasa itu hidup. Kalau tiada orang menggunakan bahasa, ia akan mati seperti bahasa Hawaii contohnya. Banyak istilah yang berkaitan dengan pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi telah dimelayukan. Kalau saudara mempertikai tentang penyaduran istilah tersebut, cuba saudara berikan contoh satu perkataan dan daripada bahasa mana asal kata tersebut? Saya yakin bahawa asalnya bukan hanya daripada bahasa Inggeris sahaja. Orang Inggeris pun meminjam banyak istilah daripada bahasa lain, contohnya: algebra - B.Arab, amuck- B.Melayu, combat - B.Latin, Science - B.Latin melalui B.Perancis, Technology - B.Greek, dll. Kalau dikaji sebahagian besar kata dalam bahasa Inggeris itu dipinjam drp. bahasa lain. (Sila baca bahan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris). | Lain-lain | 25.12.2008 |