Ayat yang manakah betul? 1. Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami. 2. Cikgu Abu mengagihkan tugas kepada kami seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain. | Ayat yang gramatis ialah Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami.
| Tatabahasa | 29.05.2012 |
Dari/daripada seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya. | Dari seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Apakah bezanya kekah dan korban | Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. akikah- Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
korban- Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
| Makna | 20.10.2009 |
Assalamualaikum Wbt. Salam Syawal. Saya Ridhwan, dari Mansoura Egypt. Maaf, saya hanya ingin bertanyakan tentang SALURAN KARYA puisi atau cerpen untuk dihantar/dimuatkan ke dalam majalah; bagi mereka yang berada di luar negara seperti saya. Kerana, jika berada di Malaysia para penulis perlu hantar karya tersebut melalui pos. Jika dari luar negara? Mohon penerangan/pencerahan. Ridhwan SM | Salam tuan. terima kasih atas sokongan tuan kepada majalah terbitan DBP dan kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk karya daripada penulis yang berada di luar negara seperti tuan. Tuan boleh menghantar sebarang karya terus kepada editor majalah atau tuan bolehlah juga menghantar bahan tersebut kepada ketua editor majalah melalui alamat e-mel, zubaidi@dbp.gov.my dan ketua editor akan mengagihkan bahan tersebut kepada majalah yang terlibat. | Lain-lain | 29.08.2012 |