senaraikan kesan yang dihadapi apabila tidak mengagungkan bahasa yang baik | Apabila tidak menggunakan bahasa yang baik komunikasi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana mesej tidak dapat disampaikan atau tidak difahami. Kemungkinan berlaku salah faham atau salah tafsiran kepada kenyataan yang dibuat. Ini boleh menyebabkan tindakan atau maklum balas tidak dapat dibuat kerana mesej tidak sampai atau tidak jelas. | Lain-lain | 10.10.2006 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Assalam, saya nak sahkan pengenai frasa pejabat agung atau Pejabat Agung atau pejabat Agung. Terima Kasih. | Menurut data kami, agung bermaksud 1 tertinggi: Allah yang Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan:. Perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil, mohon nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya kami dapat membantu memberikan jawapan. | Ejaan | 03.08.2020 |
Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? | Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? Secara umumnya, puisi ketuhanan yang baik mempunyai ciri menunjukkan kekuasaan Tuhan, mempunyai kaitan rapat dengan ciri ketuhanan, mengagungkan ciri ketuhanan, dan memaparkan diksi yang menunjukkan sifat Tuhan seperti rahmat dan kasih sayang. Sebagai contoh puisi ketuhanan boleh menggunakan simbolik sajak daripada alam, peristiwa sejarah, kehidupan sehari-hari dan bentuk peribadatan. seperti anggur dan cawan, alam tumbuhan dan haiwan, kosmologi dan antropologi dan sumber cahaya, misalnya matahari, bulan, lampu, pelita dan api. Sekiranya puan memerlukan maklumat bolehlah berhubung dengan Encik Shahrun Nizal bin Mohd Nor melalui talian 03-21479203 atau e-mel shanrun@dbp.gov.my. | Sastera | 27.12.2013 |