Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngah.wi.ni] | مڠهويني

Definisi : 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngah.wi.ni] | مڠهويني

Definisi : 1 berkahwin dgn; mengambil sbg isteri atau sbg suami: Dia sanggup ~ gadis itu. 2 bersetubuh dgn. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengahwini

Peribahasa

299

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza antara penggunaan "memperisteri" dan "memperisterikan"?Memperisteri ialah mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini. Memperisterikan pula ialah memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki).Tatabahasa16.09.2008
38. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah memulakan hubungan dengan China ? A. Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po. B. Dengan mengahwini Puteri Li Po. C. Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle 40. Rangkai kata menarik hati dalam petikan bermaksud A. menggembirakan B. meyakinkan C. mengasyikkan D. mempersonakan38. Jawapan yang betul ialah D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle.
40. D.Mempesonakan
Tatabahasa12.09.2013
Saya mahu dapatkan contoh ayat yang menunjukkan perbezaan maksud bagi kata memperisteri / mempersuami dan memperisterikan/ mempersuamikan.tk

Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri atau mengahwini. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh: Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. Begitu juga dengan maksud dan perbezaan kata mepersuami menjadikan suami dan mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan). Contohnya: Aminah mempersuami seorang hartawan dan sekarang Ayahanda hendak mempersuamikan anakanda dengan orang ini.

 

Tatabahasa26.02.2011
apakah perbezaan antara perkataan menikahi dan menikah

Dalam Kamus Dewan ada diterangkan tentang perbezaan kedua-dua kata terbitan itu, menikah bermaksud berkahwin atau bernikah: maka menikahlah Jaliah dgn Basir, manakala menikahi pula bermaksud berkahwin dengan atau mengahwini: ia tentu tak mahu menikahinya dan mengambilnya jadi isteri.

Makna10.02.2008
sayembara..?????/ cth ayat....plsSayembara sama maknanya dengan pertandingan atau peraduan. Contoh ayat, Sayembara lagu puisi peringkat akhir akan diadakan pada minggu hadapan di DBP. Satu contoh ayat lagi ialah, Satu sayembara memanah telah dijalankan antara Seri Rama dengan Arjuna bagi menentukan siapakah yang berhak mengahwini Sita Dewi.Makna09.11.2006
Tuan, Saya ingin tahu, adakah merujuk semula hanya boleh digunakan dalam situasi suami isteri yang beragama Islam saja? Kita melalui perpisahan dan merujuk semula. Terima kasih.Rujuk bermaksud berusaha supaya pasangan yg bercerai itu kembali bersama semula dalam perkahwinan. Hal ini berlaku kepada mana-mana pasangan yang berkahwin dan tidak semestinya beragama Islam. Rujuk juga bermaksud mengahwini bekas isteri semasa masih dalam idah. Dalam konteks ini, istilah rujuk khusus digunakan dalam perkahwinan pasangan beragama Islam.Istilah29.06.2020
Salam sejahtera, tuan -tuan dan puan-puan. Saya ingin tanya bapa borek anak rintik membawa maksud yang positif ke ataupun negatif?

“Bapa borek anaknya tentu rintik”, boleh membawa maksud negatif atau positif bergantung pada konteks dan penggunaan dalam ayat.

Contoh peribahasa ini ditunjukkan dalam ayat yang berikut:

Ani mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas-desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mentuanya sendiri pernah berkahwin empat. Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Lain-lain13.06.2023
Tuan/Puan, Minta beri nasihat bagi ayat-ayat di bawah: 1."Tolong belikan ibu sesarang telur." Penjodoh bilangan "sesarang" ialah berapa biji?adakah lebih 10 biji?? 2."Pak Pandir sering berangan-angan untuk ____anak raja." A. beristeri B diperisteri C beristerikan D memperisteri Jawapan diberi dalam buku rujukan ialah ""C.beristerikan" Minta jelaskan apa perbezaan penggunaan "beristerikan" dengan penggunaan "memperisteri". Adakah "memperisteri" juga boleh diterima sebagai jawapan? 3."Kita haruslah menjaga ____di hadapan orang tua." A.tatacara B tatatertib C tatanegara D tatabahasa Jawapan yang diberi dalam buku rujukan ialah "tatatertib", tetapi bolehlah jawapan "tatacara" boleh diterima? Terima kasih.1. Sesarang telur dinisbahkan kepada bekas mengisi telur. Sesarang telur bukanlah penjodoh bilangan dan jumlahnya bergantung pada muatan bekas tersebut. 
2. "Pak Pandir sering berangan-angan untuk memperisteri anak raja." Beristerikan bermaksud mempunyai seseorang sbg isteri, memperisteri bermaksud mengahwini
3. "Kita haruslah menjaga tatatertib di hadapan orang tua." Tatacara ialah peraturan yang berakitan dengan pentadbiran.
Tatabahasa23.08.2016

Kembali ke atas