Salam 1Malaysia, 1. Kata 'mengaji' merujuk kepada Kata Tunggal atau Kata Nama Terbitan? 2. Mengapakah masyarakat suka menulis frasa Majlis Perasmian Penutupan pada kain rentang atau gegantung? Yang tepat, Majlis Penutupan atau Majlis Perasmian Penutupan? 3. Ayat 'Milik siapa kereta Kancil itu?' ATAU 'Milik siapakah kereta Kancil itu?' ATAU 'Siapakah pemilik kereta Kancil itu?' Yang manakah ayat yang betul binaan ayatnya? 4. Dalam ayat 'Mereka sedang berbincang untuk menyelesaikan perkara itu." kata untuk merujuk kepada golongan kata apa? 5. Untuk menangani hal itu, mereka memerlukan kerjasama pihak polis. Kata 'untuk' di hadapan ayat merujuk kepada golongan kata apa? 6. Bunga ros itu adalah untuk Ibu Nia. Kata 'untuk' dalam ayat ini merujuk kepada golongan kata apa? Terima kasih. | 1. Mengaji ialah kata terbitan daripada kata dasar kaji yang menerima awalan meN. 2. Frasa yang betul ialah Majlis Penutupan sama seperti Majlis Perasmian. 3. Ketiga-tiga ayat tanya tersebut abetul. 4. "Untuk" dalam ayat kelima dan keenam berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan. 6. "Untuk" dalam ayat keenam berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 18.07.2012 |
boleh tolong nyatakan contoh kata sendi nama menunjukkan masa. | Berikut merupakan kata sendi nama yang menunjukkan masa: 1. pada = ...pada tengah malam yang sunyi. 2. dari = ...dari kurun ke-18. 3. ke = ... dari pagi ke petang 4. sejak= ... sejak dua tahun yang lalu 5.hingga/sampai = ...berjaga hingga pagi/ ...mengaji al-Quran sampai dinihari. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih. | 1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. 3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. | Tatabahasa | 23.10.2009 |
1)Nyatakan perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh". 2)Mengapa kata "di mana", "yang mana", dan "apa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata? 3)Jelaskan perbandingan kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dengan memberikan contoh ayat yang sesuai dan tepat. 4)Apakah perbezaan kata sendi nama "antara" dengan "diantara"? | Puan Nadrah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. untuk jawapan yang lebih jelas dan lengkap tentang pertanyaan ini sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan. dapat. - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; (boléh) 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukan. Contohnya- untuk siapakah hadiah ini?. Ayat ini tidak boleh ditukar dengan - bagi siapakan hadiah ini? Kata sendi nama untuk pula boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.- kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. | Tatabahasa | 01.01.2010 |
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Makna | 22.09.2014 |