Apabila mengakhiri sesuatu surat rasmi, dalam keadaan manakah lebih sesuai digunakan "Sekian, terima kasih" atau"Sekian, harap maklum". | Di Dewan Bahasa dan Pustaka, surat rami menggunakan “Sekian. Terima Kasih” atau “Sekian, terima kasih”. Namun, ini bergantung pada gaya penulisan (house syle) organisasi masing-masing. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
Untuk mengakhiri surat .... Sekian, terima kasih atau Sekian. Terima kasih. | Saudara, Kedua-dua bentuk boleh digunakan. Saudara boleh merujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Haji Omar , terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.01.2010 |
"Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan ..." - adakah penggunaan "sebagai" gramatis dalam penggulungan syarahan? "Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan sekali lagi ... " Didahului dengan ucapan terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, salah satu maksud "sebagai" ialah "untuk" dan "bagi". Oleh itu, perkataan "sebagai" boleh digunakan dalam ayat di atas. | Tatabahasa | 21.05.2022 |
Yang manakah cara yang betul untuk mengakhiri surat rasmi kerajaan : Di atas segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atau Segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Atas segala kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini, saya/kami dahului dengan ucapan terima kasih". | Tatabahasa | 20.06.2011 |
saya menghadapi sedikit pemasalahan dalam penggunaan ". sekiranya mengakhiri ayat dengan ", soalan saya : kita perlu tutup kata (") atau . (nokhtah) dahulu. contoh ayat: "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'". atau "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'." mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk khidmat nasihat. terima kasih | Dalam keadaan yang sedemikian, ayat saudara diakhiri dengan tanda petik dan barulah noktah. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
Apakah konteks penulisan yang sesuai untuk menggunakan frasa "harap maklum" berbanding "terima kasih" atau "sekian terima kasih" apabila mengakhiri sesuatu notis pemberitahuan? | Ungkapan yang lebih sesuai digunakan pada baris akhir surat rasmi ialah "Sekian. Terima kasih." | Tatabahasa | 14.09.2012 |
"Ke mana kamu mahu pergi?" Tanya Ali. Huruf selepas tanda soal dan tanda seru biasanya huruf besar. Adakah penggunaan huruf besar ini betul? | Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharulah selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar. | Ejaan | 25.10.2019 |
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan? | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Penggunaan huruf besar pada perkataan perlu digunakan pada permulaan ayat atau selepas tanda titik. Maka jerit perlu dieja dengan huruf kecil ("Hei, jangan pergi!" jerit Ali.) Boleh tuan terangkan mengapa selepas tanda serua dan tanda soal ! dan ? tidak dimulakan dengan huruf besar. Bukankah dua tanda ini biasanya dikira sebagai akhiran dan selepasnya dimulai huruf besar. | Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharu selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar. | Tatabahasa | 25.10.2019 |
majlis perasmian penutup atau majlis perasmian penutupan program. Mana satu yang betul. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dan lain-lain), manakala penutup ialah: 1. alat yang digunakan untuk menutup; penudung. 2. sesuatu yang digunakan untuk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dan lain-lain. Sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2447 dan 2448 dan pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 22.08.2025 |