Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngak.sés] | اکسيسوري

Definisi : mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngak.sés] | اکسيسوري

Definisi : dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakses


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana cara mengakses bahan OPACSaudara boleh melayari Laman web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ) untuk tujuan tersebut. Lain-lain21.04.2010
kenapa saya tidak boleh mengakses sistem data korpus secara online dalam laman wen dbp

Saudara,

Untuk mengakses sistem tersebut sila hubungi Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka, di alamat sulaiman@dbp.gov.my. atau rajabi@dbp.gov.my.

Lain-lain07.10.2009
Adakah DBP mempunyai garis panduan atau format bagi menyediakan novel, cerpen, puisi atau skrip drama? Sekiranya ada, bagaimana dapat saya mengakses maklumat tersebut?

Penulisan kreatif seperti cerpen, novel dan drama adalah satu bentuk penulisan yang subjektif. Justeru itu tidak ada suatu format atau garis panduan yang tegar. Namun, sebagai asas penulisan, konsep berikut biasa menjadi panduan umum, iaitu 1) tema/persoalan, 2) watak/perwatakan, 3) plot, 4) sudut pandangan, 5) latar waktu, tempat dan budaya, dan 6) gaya bahasa.   

 Untuk makluman saudari, DBP tidak ada mengeluarkan garis panduan atau format dalam menulis karya kreatif cerpen, novel dan drama tetapi DBP telah banyak menerbitkan buku panduan penulisan kreatif seperti Persedian Menulis Cerpen oleh Othman Puteh, Penulisan Cereka Cerpen oleh Jais Sahok, Panduan Menulis Novel Remaja oleh Othman Puteh dan lain-lain. Insya-Allah, buku-buku tersebut boleh menjadi panduan dalam penulisan yang saudari maksudkan.

Lain-lain25.05.2010
assalamualaikum 1. bolehkah sekiranya saya mendapatkan format terkini penulisan minit mesyuarat sama ada dalam bentuk kotak atau pun tidak berkotak. 2. apakah perkataan lain yang sesuai selain dari perkataan mengakses. perkataan inggeris access. 3. adakah tajuk ini sesuai untuk menulis minit mesyuarat. MESYUARAT BERKENAAN PEMBINAAN SISTEM PAKIRAN BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM ( KALI PERTAMA)

1. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini.

2. Penggunaan selain daripada akses ialah capai/capaian.

3.  MESYUARAT PEMBINAAN SISTEM LETAK KERETA BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM, BIL. 1/2011

Tatabahasa11.04.2011
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang ruangan Arkib Soalan di laman DBP http://prpm.dbp.gov.my/ Sekiranya berlaku perubahan/kemas kini pd laman tersebut,bagaimana caranya untuk mengakses semula database soalan2 & jawapan2 (pihak DBP) terhadap sesuatu kata/istilah ? Berapa lama perkhidmatan tersebut akan pulih spt sedia kala ? Terima kasih.Untuk makluman saudara, Arkib KNDBP masih dalam proses penyemakan, namun pengguna sudah boleh melihat paparannya di laman web kami.Lain-lain03.02.2012
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang laman web PRPM http://prpm.dbp.gov.my/ - adakah berlaku perubahan pada tab " Perkhidmatan " - di mana pengguna akan disajikan info berbentuk soalan2 & jawapan2 (Q & A) terhadap carian sesuatu kata ? Sekiranya berlaku perubahan pd laman tersebut,bagaimana caranya untuk mengakses semula database soalan2 & jawapan2 (pihak DBP) terhadap sesuatu kata ? Terima kasih.Untuk makluman saudara, ruangan Arkib Soalan ditutup untuk sementara waktu. Ruangan ini akan dibuka semula untuk paparan awam setelah selesai dikemas kini.Lain-lain10.08.2011
SALAM. Bila nak keluarkan kamus dalam bidang teknologi maklumat? Banyak istilah2 yang tidak dialihbahasakan ke bahasa Melayu. KAMI pencinta BAHASA MELAYU ini,amat berharap, banyak buku2 ICT diterjemah ke bahasa MELAYU supaya bangsa kita MINAT mendalami bidang ini. Terima Kasih.

Saudara Fairuz,

Terima kasih atas cadangan saudara. Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan Kamus Komputer dan buku Istilah komputer.  Selain itu, saudara boleh juga mengakses istilah dalam bidang ini melaui Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari laman sesawang DBP.  

Lain-lain23.03.2010
kesalahan umum penggunaan bahasa melayuUntuk maklumat sdr. DBP ada menerbitkan  buku Siri Pedoman bahasa Melayu. Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pengguna bahasa. Sekiranya sdr berminat untuk mendapatkan buku ini, sdr boleh menulis surat kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Sdr juga boleh mengakses "Lembar Bahasa" yang menyiarkan kesalahan umum bahasa Melayu secara talian dalam laman web DBP. Lain-lain31.01.2009
Tuan/Puan, Saya ingin mendaftar sebagai penyelidik supaya dapat menggunakan Korpus DBP untuk menjalankan penyelidikan tetapi sistem tersebut sering menolak permintaan saya dengan alasan 'Pendaftaran tidak berjaya!' Saya berharap agar tahu akan sebabnya. Selain itu, bagaimanakah pengguna boleh memperolehi ID pengguna dan kata laluan supaya dapat menggunakan korpus sastera? Adakah dalam laman web DBP, pihak berkuasa hanya membekalkan perkhidmatan daripada kedua-dua korpus tersebut sahaja? Sekian, terima kasih.Terima kasih atas keprihatinan saudara memanfaatkan perkhidmatan yang kami sediakan dalam ruang bmaya ini. Untuk makluman saudara, sistem korpus bahasa tiada masalah dan saudara boleh mengakses sistem tersebut berdasarkan arahan yang diberikan dalam sistem. Sistem korpus sastera memang bermasalah buat masa ini dan hal ini telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP dan kami berusaha menanganinya secepat mungkin.Lain-lain18.03.2011

Kembali ke atas