1)Budak perempuan yang liat hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.2)Encik Ali menyedarkan pekerja-pekerja supaya mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.3)Latif memberitahu saya bahawa dia benar berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.TOLONG BETULKAN AYAT-AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH. | Ayat yang betul ialah: 1. Budak perempuan yang keras hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya. 2. Encik Ali menyedarkan pekerjanya supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. 3. Latif memberitahu saya bahawa dia berkeras dengan keputusan yang telah dibuat. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Azahari Abdullah Nov 10th, 9:30pm Terima kasih kerana memaklumkan kpd saya e-mel KP DBP. Info begitulah yg saya harapkan dan akan dimanfaatkan. Selain KP tentu ada pegawai2 lain seperti Ketua Jabatan atau seumpamanya yg boleh saya buat kawan utk menyampaikan hasrat saya ini. Ahli-ahli bahasa ni jangan cepat mengalah.. Saya tidak langsung nenyebut agar ilmuan dan agamawan diketepikan. Pakar-pakar agama dan Bahasa Arab memang diperlukan dalam komiti. Apa yg saya inginkan ialah DBP menerbitkan versi terjemahannya. DBP yg membentuk Jawatankuasa, DBP yg mempengerusikan jawatankuasa, tetapi mengundang mereka itu sebagai panel. Biar nisbah mereka lebih ramai pun tak mengapa.. Setahu saya hanya Terjemahan versi Yayasan Restu sahaja yg pernah melibatkan pegawai DBP dalam komitinya. Malangnya hanya seorang.. (Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh). Kenapa hanya seorang? Kenapa tak 3 orang, atau 5 orang? Namun, dengan seorang itulah saya dapat merasai kelainan dalam terjemahan versi Yayasan Restu kerana nampak lebih menghormati Bahasa Melayu.. Bolehkah tuan beri sedikit info tentang Ustaz Wan Abdul Hamid? Saya ingin menghubunginya.. Terima kasih. | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Maklumat tentang Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh juga tidak ada dalam pangkalan data kami, kami difahamkan selepas bersara daripada DBP, Ustaz pernah berkhidmat di beberapa buah pertubuhan dan agensi, dan yang terakhir di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). | Lain-lain | 10.11.2014 |
Salam. Saya nak tanya, adakah perkataan "tegar" boleh bermaksud "berpendirian tegas"? Mohon pencerahan. Terima Kasih =) | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Istilah | 14.06.2014 |
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? 1Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan kampung kami. 3Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan tentang perkara itu di balai polis. 4Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi. 5Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6Mesyuarat itu memakan masa hampir dua setengah jam. 7Jalan itu masih lagi sedang diperbaiki setelah mengalami kerosakan sebagai akibat banjir 8Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9Kereta merah itu adalah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya. | Berikut disertakan cadangan penggunaan ayat yang gramatis: 1. Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2. Pemeriksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam 30 minit di dewan kampung kami. 3. Salim terjumpa dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan perkara itu di balai polis. 4. Kami berdebar-debar menanti dari sehari ke sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal diadakan. 5. Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6. Mesyuarat itu memakan masa hampir dua jam 30 minit.. 7. Jalan itu sedang diperbaik setelah mengalami kerosakan akibat banjir 8. Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9. Kereta merah itu ialah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10. ”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Makna | 05.04.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas". | Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan. DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. | Tatabahasa | 17.07.2018 |