Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.la.mi] | مڠالمي

Definisi : merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), me­nang­gung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.la.mi] | مڠالمي

Definisi : merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalami

Peribahasa

Kain sehelai peminggang habis.

Bermaksud :

Mengalami kerugian atau kecurian. peminggang = lambung perahu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya juga mengalami sakit tulang belakang. 2) Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya mengalami sakit tulang belakang juga. 3)Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya mengalami sakit tulang belakang pun. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah ayat 1 dan 2.Tatabahasa28.06.2024
Adakah ada kemungkinan untuk saya mengalami kesan sampingan? Saya mengalami atau Saya Alami?Ayat yang betul ialah "Adakah kemungkinan saya mengalami kesan sampingan?" Tatabahasa21.03.2024
Saya mengalami sakit yang kuat. Saya mengalami kesakitan yang kuat. Ayat yang manakah betul?Ayat "Saya mengalami sakit yang kuat." dan "Saya mengalami kesakitan yang kuat." adalah betul.Tatabahasa27.07.2022
antara "mengalami kesakitan yang tersangat" dengan " mengalami sakit yang teramat", mana satu ayat yang betul?Ayat yang betul ialah "Mengalami sakit yang teramat".Tatabahasa29.05.2011
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.'Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.Tatabahasa01.03.2012
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan.

Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. 

Tatabahasa20.08.2022
Saya mengalami selera makan. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah “Saya mempunyai selera makan.”Tatabahasa24.06.2024
Saya mengalami kebuntuan untuk padanan nama aktiviti sukan untuk "surfing" dan "skating". Saya dapati kedua-duanya bermaksud "luncur/meluncur". Walaupun begitu penggubalan berkenaan dengannya memerlukan perbezaan padanan bahasa antara kedua-dua perkataan tersebut. Mohon khidmat nasihat tuan/puan.Betul, "surfing" dan "skating" keduan-duanya bermaksud luncur kerana konsep perbuatannya sama, iaitu meluncur. Namun, pengguna boleh membezakan penggunaan kedua-dua kata tersebut mengikut terjemahan istilah yang berkaitan dan konteks penggunaannya, "surfing" ialah luncur air (laut), manakala "skating" ialah luncur ais.Istilah24.02.2023
Petani itu mengalami kerugian kerana duriannya gugur ketika masih _____ . A. mengkal C. ranum B. putik D. muda Manakah jawapan yang betul?Jawapan yang betul ialah “putik”. Makna30.05.2024
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja?Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa.Lain-lain26.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas