Karimah pergi ke dapur sambil mencapai tuala di atas lantai. Apakah maksud frasa kerja mencapai tuala dan maksud ayat ini? Terima kasih. | Mencapai bermaksud memegang atau mengambil, mengambil tuala. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A) Barang itu semalam Ali sudah mengambil. | Ali sudah mengambil barang itu semalam. Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "Jurugambar mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih. | Salam sejahtera, Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, mengambil gambar dan mengambil foto betul penggunaannya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.10.2018 |
Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap? | Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya. | Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A)Mengambil barang itu semalam Ali sudah. | Ayat songsang yang betul ialah "Sudah mengambil barang itu Ali semalam atau Sudah mengambil barang itu semalam Ali." | Tatabahasa | 02.11.2015 |
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan. | Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
| Tatabahasa | 25.07.2018 |
Antara ayat di bawah ini yang mana betul? a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. b. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan pada peringkat daerah. c. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan dalam peringkat daerah. d. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. | Yang paling tepat ialah - a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. | Tatabahasa | 11.05.2009 |
Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Salam sejahtera, Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan. | Tatabahasa | 20.12.2016 |
Salam 1Malaysia, Permasalahan yang sebenarnya ialah mengambil berat tentang atau terhadap. Ada munsyi bahasa menyatakan bahawa mengambil berat tentang sesuatu manakala mengambil berat terhadap seseorang. Adakah konsep ini boleh diguna pakai? Seperkara lagi, adakah kata sendi ke atas sesuai digunakan selepas frasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman? Harap jelaskan. Sekian. KAY SEVEN | Maklumat tentang penggunaan kata 'tentang' dan 'terhadap' adalah betul. Untuk lebih memahami 'tentang' ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa ke atas digunakan bagi merujuk kedudukan di atas. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan kata yang lebih gramatis ialah 'mengenakan hukuman terhadap'. | Tatabahasa | 22.07.2011 |