Antara ayat di bawah ini yang mana betul? a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. b. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan pada peringkat daerah. c. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan dalam peringkat daerah. d. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. | Yang paling tepat ialah - a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. | Tatabahasa | 11.05.2009 |
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? | Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'. Perkataan meningkah intransitif dan perkataan menyampuk ialah kata kerja transitif. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 28.04.2009 |
Anak saya berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita yang dianjurkan oleh DBP. Saya ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan pertandingan ini iaitu masa pertandingan diadakan, cara untuk berdaftar, jenis cerita, panjang cerita dan maklumat yang lain. Tolong emelkan jawapan bagi saya. Terima kasih. | Sebarang pertandingan anjuran Dewan Bahasa lazimnya akan diuar-uarkan dalam laman web kami dan majalah terbitan DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 06.04.2012 |
Apakah bezanya syarahan dengan pidato dari segi penyampaian dan nada suara ketika bertanding ? Saya selalu mengambil bahagian dalan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia antara sekolah. teks syarahan disediakan oleh pihak JPN. Namun saya adakalanya dikomen terlalu keras dan garang seperti berpidato. Harap huraikan dengan terperinci agar saya tidak serba salah. | Mengikut Kamus Dewan, syarahan dan pidato sama maksudnya. Oleh itu, tidak ada ciri khusus yang membeza antara kedua-dua kata tersebut. | Makna | 02.12.2008 |
salam...tahun lepas saya ada hantar manuskrip untuk peraduan penulisan ilmiah,,,saya hanya ingin tahu,,adakah keputusan telah keluar? | Assalamualaikum, Terima kasih kerana saudara telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hadiah Karya Ilmiah Tahun 2009. Untuk makluman saudara, sehingga kini Urus Setia yang menangani pertandingan ini sedang menguruskan proses penilaian awal bahan yang diterima, kemudian akan mengemukakannya pula kepada Panel Pakar Penilai yang dilantik untuk dibuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan. Harap bersabar, Urus Setia akan memaklumkan keputusan ini kepada saudara dalam tahun ini juga. Semoga saya menjawab pertanyaan saudara ini. Terima kasih | Lain-lain | 06.02.2010 |
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang | Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai persetujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan. | Lain-lain | 10.05.2009 |
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan Iv | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah I, II, dan III. Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
saya merupakan pelajar universiti sains malaysia tahun 2 mengambil kursus ijazah sarjana muda sastera dalam pengkhususan bahasa malaysia. saya ingin bertanya mengenai tempat praktikal di dewan bahsa dan pustaka. adakah DBP membuka peluang untuk pelajar membuat praktikal di DBP? | DBP ada menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar universiti membuat latihan industri.Sila kemukakan permohonan anda kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,Tingkat 7,Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,50460,KL.Kami akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kekosongan tempat dan bidang pengkhususan pelajar. | Lain-lain | 21.01.2008 |
saya merupakan pelajar tahun 2 UKM yang mengambil jurusan linguistik melayu..saya amat berminat untuk berkhidmat di DBP apabila tamat pengajian kelak. oleh itu, sebagai persediaan awal saya bercadang untuk menjalankan Latihan Industri(LI) saya di institusi tersebut pada tahan 3 nanti.apakah bidang yang ditawarkan untuk membolehkan saya menjalankan LI di DBP nanti? jawapan tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih | Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.10.2010 |
Tuan, Penghormatan saya yang adalah pelajar tahun mengambil mata pelajaran utama dalam Psychology di universiti kebangsaan Singapura. Saya adalah masa ini melakukan satu psikolinguistik kertas penyelidikan dan ia adalah pada dasarnya kira-kira mengira phonotactic kemungkinan-kemungkinan segmen-segmen kata Melayu (eg. co kejadian huruf-huruf vokal seberang suku kata, co keberlakuan konsonan-konsonan dengan permulaan atau koda, dan sebagainya.). Dengan eksperimen psikologi tindakan susulan, kebarangkalian-kebarangkalian ini akan cahaya bangsal kepada bagaimana orang belajar dan perkataan-perkataan Melayu proses. Boleh saya bertanya jika ada sebarang pangkalan data dalam talian di mana laluan tambahan saya untuk satu senarai yang lengkap perkataan-perkataan Melayu? Jawapan anda dan membantu akan sangat membantuku dalam penyelidikan saya. Terima kasih | Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, saudara boleh berhubung dengan pegawai dari Bahagian Penyelidikan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka atau saudara boleh e-mel kepada izan@dbp.gov.my .(Encik Sharifullizan Malek) | Lain-lain | 21.08.2007 |