Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menggunakan (memerĀ­lukan, memakan) masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Peribahasa

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Prosedur pinjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit atau prosedur peminjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit.Ayat yang lebih tepat ialah "Prosedur peminjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit".Tatabahasa25.10.2015
Salam. Ayat: Proses salinan dokumen mengambil masa yang lama. Perlukah "salinan" ditukarkan kepada "penyalinan" supaya ayat lebih gramatis? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Proses membuat salinan dokumen mengambil masa yang lama atau  Proses penyalinan dokumen mengambil masa yang lama. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa07.10.2020
saya ingin membuat iklan tapi kenapa belum disahkan lagiSalam sejahtera,

Tuan,

Proses pengesahan bahasa dalam iklan mengambil masa 3 hari bekerja. Setiap pembetulan atau kemas kini juga mengambil masa 3 hari bekerja. Tuan boleh hubungi nombor talian 03-21479100/9200/9300/9400 untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.12.2017
saya ingin membuat iklan dan saya telah daftar tetapi kenapa belum disahkan lagi

Salam sejahtera,

Tuan,

Proses pengesahan bahasa dalam iklan mengambil masa 3 hari bekerja. Setiap pembetulan atau kemas kini juga mengambil masa 3 hari bekerja. Tuan boleh hubungi nombor talian 03-21479100/9200/9300/9400 untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain15.12.2017
Kami mengambil masa ( 2 jam / selama 2 jam ) untuk sampai ke destinasi.Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa30.09.2010
Manakah struktur ayat yang betul? a) Bas A mengambil 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. dan a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ? b) Antara berikut, yang manakah benar.... ...? Terima kasih.

 

Ayat yang  betul:

b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km.

a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ?

Tatabahasa25.04.2011
katakan anak saya selalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanannya, saya nak dia makan dengan cepat sedikit, bagaimana saya harus cakap dengan dia, boleh saya cakap "cepat makan". terima kasih.Dalam konteks tidak rasmi (bahasa percakapan), tuan boleh menggunakan bahasa yang difahami seperti "cepat makan" (suruhan). Walau bagaimanpun dalam konteks rasmi seperti binaan ayat suruhan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, tuan boleh menggunakan bentuk ayat seperti "ibu menyuruh anaknya menghabiskan makanan dengan segera".Tatabahasa23.08.2013
BIMBINGAN SEMAKAN TATABAHASA DAN EJAANPihak kami akan mengambil masa yang lebih lama bagi menyemak artikel puan. Oleh itu, puan perlu menghantar permohonan semakan dokumen melalui e-mel. Sila e-mel artikel puan kepada ayu@dbp.gov.myLain-lain30.12.2015
"Menurutnya, varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai." Bolehkah saya tahu maksud "landai" dalam ayat ini? Terima kasih.Maksud perkataan landai dalam ayat di atas ialah berkurang atau menurun sedikit demi sedikit.Makna06.08.2021
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas