Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.na.li.sis] | مڠاناليسيس

Definisi : melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus di­ambil drpd kedua-dua ibu bapa utk diana­lisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.na.li.sis] | مڠاناليسيس

Definisi : 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganalisis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah.

1.  Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan".

2.  Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet.

3.  Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi:

     i.     Sapaan - tetamu.

     ii.    Objektif pertandingan.

     iii.   Hadiah pertandingan.

     iv.   Nama peserta/pasukan bertanding.

     v.    Urutan/ atur cara pertandingan.

     vi.   Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat.

  

Lain-lain05.03.2009
Assalamualaikum...mohon bantuan pihak DBP menganalisis aspek morfologi dan sintaksis berdasarkan petikan Minda Pengarang Akhbar Berita Harian seperti lampiran

Encik Mat Razi,

Dalam konteks menganalisis aspek morfologi dan sintaksis dalam teks yang dikemukakan, saudara perlu mengenal pasti bentuk kata dan jenis ayat yang terdapat dalam teks tersebut.

Lain-lain16.10.2010
Manakah yang betul? Analisa atau Analisis untuk makna perkataan "analyze". Analyzing = menganalisis atau menganalisa. Jadi mana lebih tepat: penganalisisan atau penganalisaan?Istilah yang betul ialah analisis, menganalisis dan penganalisisan.Istilah26.02.2009
APAKAH DEFINISI RETORIK PENDEDAHAN, PENGGUNAAN KONSEP, TEKNIK-TEKNIK BERKAITAN PENDEDAHAN, TEORI PENDEDAHAN, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGANALISIS RETORIK PENDEDAHAN DENGAN TAJUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN, SERTA CARA UNTUK MENGAPLIKASIKAN TEKNIK PENDEDAHAN DENGAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN?Pendedahan bermaksud memaparkan, menampakkan atau memperlihatkan; kegiatan atau proses yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dahulunya asing kepadanya. Sila rujuk buku-buku yang berkaitan bidang yang dicadangkan dalam soalan.Makna12.08.2008
apakah bahasa antara, pemindahan bahasa dan pengaruh bahasa? sekiranya mengkaji penulisan bagi ketiga-tiga aspek tersebut, apakah perbezaan kaedah menganalisis?Dicadangkan soalan ini dikemukakan kepada pakar bidang Linguistik di IPTA bagi mendapatkan jawapan tepat.Lain-lain13.01.2007
apakah yang dimaksudkan dengan intelek?
  • Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;
  • Makna30.04.2009
    Merujuk Petikan daripada Minda Pengarang Akhbar Berita Harian bertarikh 04/03/2010 seperti lampiran,berikan analisis aspek morfologi dan sintaksis berdasarkan petikan tersebut

    Encik Mat Razi,

    Dalam proses menganalisis aspek morfologi dan sintaksis dalam teks yang dikemukakan, saudara perlu mengenal pasti bentuk kata dan jenis ayat dalam teks tersebut.

    Lain-lain16.10.2010
    Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih.Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan.Istilah08.10.2012
    Assalamualaikum..sy nak bertanya,boleh saya dapatkan nama pengarang artikel pantau tegur bahasa dan saya ingin mengetahui secara lanjut dan terperinci mengenai 9 ciri-ciri pencemaran bahasa yang telah ditetapkan oleh DBP. Saya merupakan seorang pelajar bahasa di UITM Shah Alam dan berminat untuk menjadikan 9 ciri pencemaran bahasa tersebut sebagai panduan saya menganalisis kesalahan yang terdapat pada papan tanda. Mohon pertanyaan saya dijawab dan mendapat perhatian pihak tuan. Terima kasih.:)Kami tidak jelas dengan artikel yang dirujuk dan sembilan ciri-ciri pencemaran bahasa yang tuan maksudkan. Untuk makluman tuan, dalam pemantauan bahasa bahasa aspek yang dipantau dibahagikan kepada dua, iaitu tahap penggunaan bahasa dan mutu penggunaan bahasa. Tahap penggunaan bahasa akam melihat kepada tiga aspek yang berikut, iaitu: penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya; penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa lain sepenuhnya; dan penggunaan bahasa yang bercampur (bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain). Pada peringkat mutu penggunaan bahasa, aspek yang dipantau ialah ejaan, tanda baca, penggunaan bahasa, pembentukan kata, binaan ayat, sebutan (jika berkaitan) dan kesantunan bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai dalam melihat dan memantau penggunaan bahasa dalam paparan awam. Domain "Pantau Tegur Bahasa" disediakan untuk orang ramai menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu kepada DBP secara dalam talian.Lain-lain04.06.2013
    macam mana cara untuk saya dapatkan alamat email Prof Dr Nik Safiah Karim?. saya pelajar PhD dlm bidang IT. sekarang saya sedang membuat kajian untuk menghasilkan rules atau rumus struktur frasa (RSF) BM. saya rujuk buku tatabahasa dewan 3 oleh Nik Safiah cthnya (Ayat=subjek+predikat, subjek=frasa nama/frasa kerja, frasa nama=kata nama+kata bantu)..ada tak rules RSF BM yang lebih detail? atau sesiapa yang boleh saya hubungi yang menganalisis tentang bahasa..YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.Lain-lain03.07.2011
    12

    Kembali ke atas