Tuan, Dari segi laras bahasa iklan, bolehkah ayat-ayat ini digunakan? "Perodua, kembali mengancam." Mengancam di sini adalah seperti bahasa percakapan, yang bermaksud menarik. Dan "Perodua, kembali membawa aksi." Bolehkah kedua-dua ayat ini digunakan? Terima kasih. | Ungkapan "Perodua, kembali membawa aksi" atau "Perodua, kembali beraksi" adalah gramatis berbanding dengan "Perodua, lebih mengancam". Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikutilah langkat yang seterusnya. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
Pemansuhan penggunaan bahasa baku dalam mata pelajaran lain selain bahasa Melayu dan sektor-sektor lain mengancam kedudukan bahasa Melayu pada masa akan datang. Huraikan implikasi yang akan timbul kepada masa hadapan bahasa Melayu. | Saudara Mohamad Farhan, Soalan begini memerlukan kajian dan rujukan. Oleh itu, saudara perlu membuat pembacaan, kajian dan rujukan tentang perkara ini di perpustakaan atau di pusat sumber di sekolah atau di tempat saudara. | Lain-lain | 30.04.2010 |
apakah maksud peribahasa "PELANDUK SELALU MELUPAKAN JERAT TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKN PELANDUK "? | Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam. | Makna | 21.10.2009 |
Apakah maksud frasa amang seksual? | Merujuk Kamus Dewan,amang membawa maksud mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti (dgn mengacukan senjata), mengancam, menggugat. Bagi frasa amang seksual yang tuan berikan, belum ada lagi dalam data DBP. Namun begitu boleh dicadangkan sebagai ancaman seksual. | Makna | 31.10.2017 |
Apakah perbezaan erti bagi "secara amnya" dengan "secara umumnya". Apakah penggunaan secara amnya dalam ayat ini salah "Simptom-simptom AF mungkin tidak menyenangkan, namun secara amnya tidak mengancam nyawa". | Kedua-dua perkataan tersebut boleh bersaling ganti kerana merupakan kata yang sama makna. | Tatabahasa | 26.09.2019 |
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan. | Lain-lain | 26.05.2018 |
apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya? | Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994. | Lain-lain | 20.10.2007 |
APAKAH MAKSUD INTEGRITI? | Puan Normazidlan, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. | Makna | 09.07.2009 |