Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dar] | مڠندر

Definisi : menjalankan (motokar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dar] | مڠندر

Definisi : membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dar] | مڠندر

Definisi : membawa barang dgn kandar; menggalas; memikul: Tidak berapa lama, mereka pun bertemu dgn lima orang yg sedang ~ sebuah peti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandar
Kata Terbitan : pengandar, mengandar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahter, Berdasarkan Kamus Dewan, 'mengandar' = membawa barang dengan kandar ( yang tergantung di kedua-dua hujung kayu), memikul, menggalas. Soalan; Adakah memikul dan menggalas juga perlu menggunakan kandar ? Jika membawa beban di bahu tanpa pengandar, apa kata kerjanya ?Merujuk Kamus Dewan memikul bermaksud membawa barang dengan galas di atas bahu, atau mengandar atau menggalas; menggalas bermaksud memikul barang-barang dengan galas (kandar) atau mengandar dan mengandar pula bermaksud membawa barang dengan kandar, atau memikul, atau menggalas. Berdasarkan huraian tersebut ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.

Tatabahasa24.11.2013
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas

2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret

3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu

4. mengangkat -  i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain.

Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun)

Makna20.09.2011
Salam.Apakah kata bilangan untuk orang sekiranya dalam satu gambar, terdapat dua orang mengandar baldi susu getah yang berasingan? Kedua atau kedua dua. SekianFrasa yang betul ialah "kedua-dua orang..."Tatabahasa10.10.2013

Kembali ke atas