Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.ta.ra.bang.sa.kan] | مڠنتارابڠساکن

Definisi : menjadikan se­suatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ per­golakan politik negara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.ta.ra.bang.sa.kan] | مڠنتارابڠساکن

Definisi : menjadikan atau meletakkan sesuatu (digunakan atau diterima) di peringkat antarabangsa: Usaha utk ~ bahasa Melayu giat dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengantarabangsakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu?Soalan ini telah banyak kali diajukan kepada kami. Banyak implikasinya dalam bidang sains dan teknologi. Antaranya dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar dari aliran kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu berkemungkinan mengalami masalah dari segi pembelajaran jika dibandingkan dengan pelajar dari aliran Inggeris. Selain itu usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi akan terbantut seandainya bahasa Inggeris mengambil tempat dalam mana-mana wacana keilmuan yang mengutamakan bahas Inggeris dan secara logiknya bahasa Melayu akan terus terpinggir.T.kasih.Lain-lain11.07.2008
penggunaan bahasa inggeris dalam mataprlajaran sains dan teknologi.apakah implikasinya terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu?Soalan sdr terlalu luas cakupannya. Memang banyak terdapat implikasinya terhadap bahasa Melayu. Antaranya masalah kepada pelajar-pelajar yg masih tidak dapat menguasai BI dengan baik dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat mengenai kesan secara langsung dan tidak langsung ini, sdr bolehlah mendapatkan bahan bacaan yg dapat membantu, antaranya majalah Dewan Masyarakat yg banyak menyentuh isu ini dan juga majalah atau akhbar arus perdana. T.kasih.Lain-lain03.09.2008
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris terhadap usaha pengantarabangsaan bahasa melayu?Penggunaan bahasa Inggeris tidak akan terjejas dengan usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu kerana penggunaan bahasa Inggeris itu sudah meluas. Sememangnya kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa Melayu tetapi kerajaan turut menggalakkan kita mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang perlu dikuasai untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa.Lain-lain21.08.2006
SAYA INGIN MENCARI ARTIKEL ,BUKU ATAU JURNAL YANG BERKAITAN TAJUK PENGGUNAAN BI DLM PENGAJARAN MAT & SNS SERTA IMPLIKASINYA DLM USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYUSila rujuk buku yang berkaitan atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan IPTA/IPTS untuk mendapatkan bahan yang membincangkan isu tersebut.Lain-lain30.03.2010
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda

Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda  mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan pengantarabangsaan.

2.  Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­-unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang

3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).

 

 

Makna23.02.2009

Kembali ke atas