Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nu.ge.rah.kan] | مڠانوݢرهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nu.ge.rah.kan] | مڠانوݢرهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg anugerah; mengurniakan: Baginda telah ~ pingat AMN kpd beliau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganugerahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pengesahan yang mana satu betul: 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... atau 2. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang kepada...Ayat atau istilah yang betul ialah  1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada...Tatabahasa09.05.2015
Sultan menganugerahkan atau mengurniakan pingat kebesaranKedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain16.08.2017
apakah perkataan posthumous dalam bahasa malaysia. jika tiada apakah perkataan sesuai yang perlu digunakan jika ingin menganugerahkan ijazah kepada calon/penama yang telah meninggal dunia. terima kasihPadanan posthumous dalam bahasa Melayu ialah anumerta.Istilah31.07.2012
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih.1) beliau > be/li/au
2) berdoa > ber/do/a
3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 
4) kaum > ka/um
5) perempuan > pe/rem/puan
6)  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut

haiwan > h/ai/wan
tauladan > t/au/la/dan

Tatabahasa22.10.2019
saya Soleehah Dolah sedang belajar di universiti Fatoni, kelas dasar.ingin bertanya DBP perkataan,Adakah perkataan "universiti" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya?TerimakasihUniversiti membawa maksud institusi atau pusat pengajian tinggi yg memberikan ilmu dlm pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.Makna22.09.2014
Yang manakah yang betul; Dia meletak jawatan. ATAU Dia meletakkan jawatan. sila beri panduan tentang penggunaan "Di.......kan" Terima kasih.

Encik Ahmad,

Yang betul ialah 'Dia meletakkan jawatan'. Di...kan terhasil daripada pembentukan kata kerja dengan imbuhan meN...kan. Contoh, majlis dirasmikan(merasmikan majlis), dianugerahkan(menganugerahkan), dimasukkan(memasukkan) dsb.

Tatabahasa16.05.2010
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah  ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini.  

Tatabahasa07.08.2010
Tuan, mengapakah tidak wujud bentuk "menghantarkan" dan "mengirimkan" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan DBP? Adakah hal ini kerana bentuk "menghantar" dan "mengirim" sudah mencukupi untuk membawa maksud membawa barang ke sesuatu tempat? Jadi, "menghantarkan" dan "mengirimkan" ialah bentuk lewah, iaitu bentuk yang berlebih-lebihan daripada bentuk "menghantar" dan "mengirim"?Tidak semua kata mempunyai kata terbitan yang sama. Jika "hadiah" dan "anugerah" boleh menerbitkan kata "menghadiahkan" dan "menganugerahkan", rumus yang sama tidak terpakai pada semua perkataan. Inilah yang dikatakan kekecualian dalam bahasa Melayu. Jika tuan memerlukan penjelasan tentang kata "hantar" dan "kirim" tidak menerbitkan kata "menghantarkan" dan "mengirimkan", ada baiknya tuan berhubung terus dengan pihak yang berwenang dalam hal ini. Tuan boleh hubungi Editor Kamus Pelajar, Puan Aziah Tajuddin melalui talian 03-21479182/aziah@dbp.gov.my dan Editor Kamus Dewan, Puan Salmah Jabar , melalui talian 03-21479686/salmah@dbp.gov.my.Tatabahasa16.12.2014

Kembali ke atas